Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam Controller Bakal Dilancarkan 4 Mei – Harga Sekitar RM390++!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 28, 2026
in Aksesori, Artikel, Berita, PC, Steam, Teknologi
0 0
0
Steam Controller Bakal Dilancarkan 4 Mei – Harga Sekitar RM390++!
Share on FacebookShare on Twitter

Valve akhirnya mengumumkan bahawa Steam Controller akan dilancarkan secara global pada 4 Mei 2026, jam 1:00 petang ET (iaitu 5 Mei waktu Malaysia). Alat kawalan ini akan dijual pada harga $99 (sekitar RM390+ sebelum cukai dan kos penghantaran).

Excited to announce our @Steam Controller arrives on Steam May 4th at 10 a.m. PT.

Learn more and wishlist here: https://t.co/X8cETMRY3N

— Valve (@valvesoftware) April 27, 2026

Anatara ciri menarik pada Steam Controller ialah penggunaan TMR (Tunnel Magnetoresistance) thumbstick. Jika anda bosan dengan masalah “stick drift” yang sering merosakkan controller, ini adalah ‘solusinya’.

Sensor magnetik ini menawarkan ketepatan yang jauh lebih tinggi dan paling penting, ia tidak akan haus atau rosak seperti analog tradisional.

Valve turut memperkenalkan Steam Controller Puck. Ia bukan sekadar dongle USB wayarles biasa, malah berfungsi sebagai stesen pengecas magnetik. Anda hanya perlu “melekatkan” controller ke atas puck tersebut untuk mengecasnya.

Jika lebih suka sambungan berwayar atau ingin gunakannya pada telefon pintar, ia menyokong Bluetooth dan USB-C.

Bagi pengguna Steam Deck, susunan butang pada controller ini pasti terasa akrab. Valve membina alat kawalan ini supaya mempunyai fungsi yang setanding dengan konsol handheld tersebut. Antara ciri utamanya:

  • Dual Trackpad: Membolehkan anda bermain game yang memerlukan mouse (seperti Civilization atau Dota 2) dengan ketepatan yang lebih tinggi berbanding controller biasa.
  • Empat Butang Belakang: Sangat sesuai untuk menetapkan fungsi tambahan tanpa perlu melepaskan ibu jari daripada stick atau trackpad.
  • Grip Sense: Ini adalah ciri baharu di mana controller dapat mengesan apabila anda sedang memegangnya. Ia boleh mengaktifkan Gyro aiming secara automatik sebaik sahaja menyentuh pemegang, menjadikan game FPS terasa lebih semula jadi.

Valve memposisikan peranti ini sebagai “controller universal”. Ia berfungsi pada Windows, Mac, Linux, dan peranti mobile melalui aplikasi Steam Link.

Lebih menarik, maklumat produk ini turut menyebut tentang keserasian dengan “Steam Frame”; projek VR terbaharu daripada Valve. Controller ini dilengkapi dengan LED inframerah yang membolehkan ia dikesan oleh kamera Steam Frame, jadi anda boleh bermain game non-VR di skrin maya sambil memakai headset.

Malangnya, Steam Controller tidak disenaraikan untuk pembelian terus di Malaysia. Namun, gamer tempatan tidak perlu bimbang.

Sama seperti Steam Deck, kedai-kedai gaming terkkenal (seperti Impulse Gaming, Gamers Hideout, atau penjual popular di Shopee dan Lazada) akan membawa masuk unit “Import” sejurus selepas pelancaran 4 Mei nanti.

Tags: Steam Controller
ShareTweetSend
Previous Post

Kagurabachi Rasmi Dapat Anime – Siri Paling Diminta Oleh Peminat Shonen Jump!

Next Post

Goro Majima ‘Belayar’ Ke Sonic Racing: CrossWorlds Dalam Update Percuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Goro Majima ‘Belayar’ Ke Sonic Racing: CrossWorlds Dalam Update Percuma!

Goro Majima 'Belayar' Ke Sonic Racing: CrossWorlds Dalam Update Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd