Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kagurabachi Rasmi Dapat Anime – Siri Paling Diminta Oleh Peminat Shonen Jump!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 28, 2026
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Kagurabachi Rasmi Dapat Anime – Siri Paling Diminta Oleh Peminat Shonen Jump!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba: manga popular Kagurabachi karya Takeru Hokazono bakal diadaptasi ke siri anime secara rasmi. Dalam siaran “Jump Press” oleh Shueisha, pihak produksi mengesahkan bahawa anime Kagurabachi kini dalam pembikinan dan dijadualkan untuk tayangan perdana pada April 2027.

Tetsuya Takeuchi akan mengetuai projek ini di studio CyPic. Takeuchi merupakan nama besar dalam industri anime, sangat dikenali melalui hasil kerjanya yang luar biasa, terutamanya sebagai animator utama di sebalik pertarungan ikonik antara Rock Lee dan Gaara (menurut pencipta Takeru Hokazono).

We've received a special illustration and comment from Hokazono-sensei to celebrate the Kagurabachi anime announcement!

See them here: https://t.co/do6fQalfxD#Kagurabachi #BachiAnime pic.twitter.com/uxeSV47ZHf

— KAGURABACHI Anime Official (@kb_anime_en) April 27, 2026

Studio CyPic (sebelum ini dikenali sebagai CygamesPictures) baru-baru ini mendapat pujian kerana kualiti visual dalam projek seperti Uma Musume dan The Idolm@ster Cinderella Girls. Turut menyertai Takeuchi adalah pereka watak Keigo Sasaki, yang pernah menghasilkan rekaan watak untuk Blue Exorcist dan Uma Musume: Cinderella Gray.

Pelakon suara Taihi Kimura dipilih untuk memegang watak utama, Chihiro Rokuhira.

We've received a special video comment from Taihi Kimura, the voice of Chihiro Rokuhira!#Kagurabachi #BachiAnime pic.twitter.com/Po6uew35yE

— KAGURABACHI Anime Official (@kb_anime_en) April 28, 2026

Bagi mereka yang belum membaca manganya, berikut adalah sinopsis:

18 tahun lalu ketika Perang Seitei, Kunishige Rokuhira menjadi individu paling terkenal di Jepun. Sebagai seorang tukang besi yang hebat, dia mencipta enam bilah pedang sakti, yang mana setiap satu mempunyai kuasa istimewa yang menjamin kemenangan negara.

Selepas perang tamat, Kunishige bersara di kawasan pergunungan bersama anaknya, Chihiro, yang tekun mempelajari seni pertukangan tersebut. Pada usia 15 tahun, Chihiro bertekad untuk menyambung legasi ayahnya suatu hari nanti.

Namun, impiannya hancur apabila dia menyaksikan sekumpulan ahli sihir membunuh ayahnya dan mencuri pedang-pedang sakti tersebut. Tiga tahun selepas kejadian itu, Chihiro meneruskan hidup dengan keinginan untuk membalas dendam.

Bersenjatakan Enten (pedang sakti ketujuh dan terakhir yang dicipta secara rahsia oleh ayahnya) Chihiro memburu penjahat yang dikaitkan dengan Hishaku, organisasi yang dipercayai bertanggungjawab atas kematian ayahnya.

Walaupun belum menguasai sepenuhnya potensi Enten atau menyempurnakan seni pedangnya, Chihiro tidak akan berhenti sehingga dia berjaya merampas kembali semua katana yang dicuri dan menuntut bela demi ayahnya.

Tags: animeKagurabachi
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu ASUS TUF Gaming A14 (2026) – Mesin Gaming Yang Boleh Dibawa Ke Mana Saja!

Next Post

Steam Controller Bakal Dilancarkan 4 Mei – Harga Sekitar RM390++!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Steam Controller Bakal Dilancarkan 4 Mei – Harga Sekitar RM390++!

Steam Controller Bakal Dilancarkan 4 Mei - Harga Sekitar RM390++!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd