Pada Live Stream ‘Star Ocean Program’ beberapa jam lepas, Square Enix telah mengumumkan Star Ocean: First Departure R akan datang ke PlayStation 4 dan Nintendo Switch okay! Pada yang tidak tahu, permainan ini pertama kali dilancarkan di PSP pada tahun 2007, dan kini ia diberi nafas baru dengan Definisi Tinggi ‘HD’ remastered.
Square Enix turut memaklumkan di Twitter rasmi Star Ocean tentang kehadiran ini;
STAR OCEAN First Departure R, the very first entry in the #StarOcean series – setting course for PS4 and Nintendo Switch.
Keep communication channels open for further updates. pic.twitter.com/pOyJUVfA16
— STAR OCEAN (@StarOcean) May 25, 2019
Korang boleh lihat sendiri karya seni protagonis oleh Katsumi Enami yang turut ditunjuk dalam pengumuman ini.
Roddick Farrence
Millie Chliette
Dorne Murtough
Tarikh pelancaran dan harga masih belum diumumkan, tapi Square Enix telah menjanjikan lebih maklumat akan dikongsi pada masa yang akan datang. Ciri-ciri tambahan turut disebut dalam live stream ini, tapi tidak ada maklumat yang tepat mengenai sifat atau informasi lebih lagi mengenai permainan ini.
Lagipun ini bukan kali pertama Square Enix membuat remake untuk permainan Star Ocean kepada platform gen semasa, seperti beberapa tahun lalu Star Ocean: The Last Hope 4k dan Star Ocean: Till the End of Time hadir di PlayStation 4
Jadi apapun kita tunggu maklumat yang akan datang oleh Square Enix yang pastinya ramai tak akan sabar dengan kehadirannya! Stay tuned ya semua!
@gamersantaimy
Discussion about this post