Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Isu Kritikal Huawei dan Amerika Syarikat, CEO Ren Zheng Fei memberi Penjelasan

Serba sedikit mengenai sesi temuramah bersamanya 21 Mei lalu

Nyny.A by Nyny.A
May 24, 2019 - Updated on March 3, 2020
in Artikel, Berita, Mobile
0 0
0
Isu Kritikal Huawei dan Amerika Syarikat, CEO Ren Zheng Fei memberi Penjelasan
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini tercetusnya isu kritikal mengenai Huawei Technologies Co. Ltd. setelah digantungkan perkhidmatannya dan menyenarai hitamkan syarikat ini di seluruh dunia oleh kerajaan Amerika Syarikat (A.S). Menjadi berita lagi hangat apabila lesen am untuk Huawei yang digantung oleh keraja A.S. serta melumpuhkan keupayaan Huawei untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat Amerika seperti Google dan Qualcomm.

Hal ini mencetuskan tanda tanya buat semua orang terutama pengguna telefon pintar Huawei dan barangan mudah alih yang lain. Antara yang menjadi persoalan, apakah akan terjadi pada pengguna Huawei? Adakah mereka tidak dapat menggunakan Huawei lagi atau sebaliknya? Terutama perkhidmatan Android dan Google.

Seperti yang kita sedia tahu, produk Huawei ternyata bagus dari segi Gaming terutama dari segi prestasi kelajuannya kerana kami sendiri dari Gamer Santai turut menggunakannya dan turut memberi review permainan untuk produk-produk terbaik Huawei seperti Mate 20x , P30 , P30 Pro dan banyak lagi! Jadi ternyata sayang jika perkhidmatan Huawei dihentikan sebegini terus.

Dikatakan baru-baru ini Presiden A.S. Donald Trump melanjutkan perkhidmatan lesen am kepada Huawei selama 90 hari bagi memberi masa kepada pengendali untuk membuat perjanjian lain dan (memberi) ruang kepada jabatan untuk menentukan langkah-langkah jangka panjang yang sesuai untuk A.S. dan penyedia telekomunikasi asing yang kini bergantung pada peralatan Huawei untuk perkhidmatan kritikal

CEO Huawei Technologies Co. Ltd. iaitu Ren Zheng Fei telah bersetuju untuk mengadakan sesi temuramah bersama media mengenai isu Huawei ini. Dalam ulasan itu Ren berkata, sambungan lesen am 90 hari untuk hubungan perniagaan biasa yang diberikan oleh AS tidak akan membawa banyak perbezaan kepada Huawei disebabkan oleh kontinjen sedia ada syarikat rancangan. Perkara yang paling penting bagi Huawei sekarang adalah memastikan tugas mereka dilakukan dengan betul. Apa yang dilakukan oleh kerajaan A.S. bukan sesuatu yang dapat mereka kendalikan.

Image result for ren Zhengfei

Situasi ini membuat pengguna Huawei berasa takut apa yang akan terjadi untuk barangan mudah alih Huawei yang dibeli sehingga mencecah beribu-ribu ringgit, adakah ia akan melibatkan cip terkini atau ianya akan ditamatkan riwayat begitu sahaja, atau ianya akan terjadi untuk produk-produk yang terbaru sahaja. Ren menegaskan bahawa Huawei tidak akan terus berhenti menggunakan cipset pembuatan A.S walaupun penciptaan kos cipset tersendiri jauh lebih murah. Dalam masa yang sama, Ren tetap akan merayu untuk pembangunan teknologi cip yang sama agar Huawei dapat mencipta cip yang berkualiti seperti A.S.

Image result for huawei chipset

Beliau berkata, “Dalam masa yang kritikal, saya berterima kasih kepada syarikat-syarikat AS, kerana mereka banyak menyumbang kepada pembangunan Huawei dan menunjukkan kesungguhan mereka mengenai perkara itu, “

“Pada masa akan datang,walaupun kita mempunyai konflik dengan
Amerika Syarikat, tetapi pada akhirnya, kita masih perlu menyumbang kepada manusia bersama.”

Ren turut berkongsi bahawa sekatan perdagangan tidak akan menjejaskan pelancaran 5G Huawei dan tidak mengharapkan sesiapa untuk mengejar teknologi syarikat itu dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. Ren turut berkata bahawa syarikat-syarikat di Eropah turut bekerjasama dengan Huawei, jadi Huawei mempunyai bahan kapasiti 5G yang tidak akan menghancurkan nama syarikat. Kapasiti 5G mereka ialah 20 kali ganda 4G, 2G adalah 10,000 kali, oleh itu penggunaan kuasa dikurangkan 10 kali, dan jumlahnya dikurangkan sebanyak 70%.

Image result for huawei 5g

Selain itu, Ren turut menegakkan kepada AS untuk tidak menghasut sentimen nasionalis atau patriotisme bagi masyarakat yang ingin membeli produk Huawei. Ren turut berkata bahawa pembayaran cukai tahunan mereka hampir 20 bilion dolar A.S, pembiayaan teknologi mereka hampir 20 bilion dolar A.S dan upah buruh hampir 30 juta A.S. Pada masa yang sama, beliau juga menegaskan bahawa Huawei akan terus memberi khidmat kepada pelanggan.

Pengguna Huawei turut tidak perlu panik kerana Android akan memberi jaminan kepada pengguna terhadap perkhidmatan Google Play dan keselamatan dari Google Play Protect akan terus berfungsi pada peranti Huawei sedia ada. Tetapi mereka masih akur dengan penguatkuasaan oleh kerajaan A.S.

For Huawei users' questions regarding our steps to comply w/ the recent US government actions: We assure you while we are complying with all US gov't requirements, services like Google Play & security from Google Play Protect will keep functioning on your existing Huawei device.

— Android (@Android) May 20, 2019

Huawei hanya akan dibenarkan mengguna versi Android yang boleh diakses secara awam (open source), manakala aplikasi dan perkhidmatan proprietari milik Google pula tidak boleh diakses. Ia agak sedih tapi mungkin kita masih boleh memuat turun melalui APK file atau pun Qooplay.

Bagaimanapun caranya, harap pihak Huawei dapat menyelesaikan pekara ini demi menjaga pengguna dan pelanggannya. Sayang sekali jika Huawei ditamatkan perkhidmatannya terus kerana peranti mudah alihnya ternyata mampu milik, prestasi yang terbaik terutama untuk gaming dan kameranya yang sentiasa terbaik.

Tags: HuaweiRen Zheng FeiRen Zheng Fei Huawei CEO
Previous Post

Terdapat Lebih Banyak Penonton Free Fire Berbanding PUBG Mobile!

Next Post

Star Ocean: First Departure R Akan Hadir di PlayStation 4 dan Nintendo Switch!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Star Ocean: First Departure R Akan Hadir di PlayStation 4 dan Nintendo Switch!

Star Ocean: First Departure R Akan Hadir di PlayStation 4 dan Nintendo Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd