Kini sudah masuk bulan yang ke empat game battle royale dari Respawn iaitu Apex Legends berada di pasaran. Ketika ianya baru dikeluarkan, Apex Legends yang juga merupakan sebuah game free-to-play serta memecahkan beberapa rekod dan kelihatan seperti sebuah game battle royale yang akan mengambil alih takhta.
Malangnya, ketika ini nampaknya momentum ataupun api yang membakar Apex Legends sudah mula malap, kerana menurut SuperData Research pendapatan mereka telah menjunam untuk bulan yang kedua berturut-turut.
Pada April 2019, game ini telah menjanakan USD$24 juta, mungkin kelihatan seperti jumlah yang banyak pada sesetengah pihak; tetapi untuk sedikit perbandingan, ini hanyalah 1/4 daripada keuntungan mereka pada bulan pelancarannya. Ini menunjukkan Apex Legends tidak mampu untuk terus seiringan dengan jangkaan tinggi orang ramai.
Nampaknya pihak Respawn gagal untuk menggembirakan peminat Apex Legends. Beberapa bug dan glitches seringkali mengganggu pengalaman game ini manakala hackers pula bertebaran dan bermaharajalela di lobby nya.
Antara rungutan lain untuk game ini adalah kurangnya kandungan tambahan yang berkualiti. Untuk musim pertama season pass nya, mereka hanya memberi satu battle pass yang biasa sahaja dan seorang Legend yang baru. Senjata mahupun map baru tidak kelihatan.
Secara am-nya jangka hayat game dalam genre battle royale sememangnya tidak dapat dijangka, tetapi kemerosotan Apex Legends ini tetap mengejutkan. Di harapkan pihak Respawn mampu menarik semula pemain-pemain mereka dengan kemunculan musim kedua sekitar bulan Jun nanti.
Sumber: dotesport.com
@gamersantaimy
Discussion about this post