Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Squid Game Season 2 Akan Debut Pada 26 Disember, Diikuti Season Finale Pada 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 2, 2024
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Squid Game Season 2 Akan Debut Pada 26 Disember, Diikuti Season Finale Pada 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memecahkan pelbagai rekod dan memenangi pelbagai anugerah, Squid Game mengusik bahawa mereka sedang sibuk mengusahakan musim kedua pada tahun 2022. Kini 2024, akhirnya kami mendapat pengesahan rasmi bahawa Squid Game Season 2 akan ditayangkan pada 26 Disember 2024.

Bersama pengumuman ini, mereka turut memuat naik video khas yang anda boleh tonton di bawah:

Musim pertama memperkenalkan kita kepada K-drama berbahaya ini , yang memaksa rakyat untuk bertaruh dengan nyawa mereka. Sebagai balasan, peserta boleh memenangi hadiah wang tunai berjumlah besar yang mampu mengubah nasib mereka— atau mengalami akibat buruk.

Seorang lelaki bernasib malang Seong Gi-hun (Lee Jung-jae) ialah protagonis Squid Game, dan Season 2 menyambung kisahnya selepas keputusan Gi-hun di penghujung Season 1.

Kredit: NETFLIX

Berikut adalah sinopsis rasmi:

“Tiga tahun selepas memenangi Squid Game, Player 456 tetap berazam untuk mencari orang di sebalik permainan ini dan menamatkan sukan bahaya mereka. Menggunakan kekayaan miliknya untuk membiayai misi, Gi-hun bermula dengan tujuan yang paling jelas: cari lelaki dalam sut bermain ddakji di kereta api bawah tanah. Tetapi apabila usahanya akhirnya membuahkan hasil, jalan ke arah menjatuhkan organisasi itu terbukti lebih bahaya daripada yang dia bayangkan: untuk menamatkan permainan, dia perlu memasukinya semula.”

Kredit: NETFLIX

Netflix turut mengesahkan bahawa beberapa wajah yang dikenali akan kembali ke Squid Game, termasuk Lee Jung-jae, Lee Byung-hun, Gong Yoo, dan Wi Ha-jun.

Pendatang baru Yim Si-wan, Kang Ha-neul, Park Gyu-young, Park Sung-hoon, Jo Yu-ri, Yang Dong-geun, Kang Ae-sim, Lee David, Lee Jin-uk, Choi Seung-hyun, Roh Jae-won, dan Won Ji-an pula akan muncul dalam Squid Game Season 2 sebagai watak baharu yang tidak pernah muncul sebelum ini.

Kredit: NETFLIX

Namun, itu bukan satu-satunya info menarik yang diumumkan kerana Netflix turut mengumumkan bahawa Season 3 akan datang pada tahun 2025, dan ia akan musim finale bagi siri ini. Pengarah siri, penulis dan penerbit eksekutif Hwang Dong-hyuk mengesahkan berita itu dalam surat yang penuh emosi kepada peminat, yang anda boleh baca di bawah:

Kredit: NETFLIX
Tags: Squid Game Season 2
ShareTweetSend
Previous Post

Unboxing Magic The Gathering: Bloomburrow – Dunia Penuh Haiwan Comel!

Next Post

Tokyo Game Show 2024 – Daichi Miura Sebagai Penyokong Rasmi & POCKY Sebagai Duta Indie Game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Tokyo Game Show 2024 – Daichi Miura Sebagai Penyokong Rasmi & POCKY Sebagai Duta Indie Game!

Tokyo Game Show 2024 - Daichi Miura Sebagai Penyokong Rasmi & POCKY Sebagai Duta Indie Game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd