Square Enix telah mendedahkan game shooter dalam talian baharu, FOAMSTARS semasa livestream PlayStation Showcase hari ini! Game shooter 4v4 tersebut akan dilancarkan di PlayStation 5 dan PlayStation 4. Buat masa ini, tiada tarikh pelancaran yang diumumkan, tetapi anda boleh lihat pendedahan pertama melalui trailer rasminya!
Multiplayer Shooter dalam talian yang menyerlah
Dalam game ini, “foam” adalah sumber utama. Ia boleh digunakan dalam pelbagai cara: Untuk mencipta permukaan licin yang boleh digunakan pemain untuk meluncur di sekitar arena pada kelajuan tinggi; untuk membina rupa bumi, membantu pemain bertahan daripada serangan musuh atau mencipta tempat yang tinggi untuk menewaskan pihak lawan dan akhirnya, untuk membuih lawan dan memenangi perlawanan.

Pasukan pembangun FOAMSTARS akan berkongsi butiran lanjut tentang game dalam masa terdekat, jadi sila nantikannya.
Nampak meriah juga melihat gameplaynya, digabungkan pula dengan rekaan watak yang unik serta warna yang terang, sudah tentu ramai yang ingin mengenali lebih lanjut tentang FOAMSTARS. Sekilas pandang, ia mengingatkan kami kepada game Splatoon tetapi cat ditukarkan kepada buih-buih.

Apa pula pendapat anda mengenai game shooter baharu daripada Square Enix? Adakah anda akan bermainnya apabila ia dilancarkan nanti? Boleh berikan pendapat anda di ruangan komen. Masih banyak lagi perkara yang belum didedahkan mengenai gameplay serta watak dalam game. Kita tunggu sahaja pengumuman baru daripada pihak pembangun. Anda juga boleh ikuti laman web rasmi untuk mendapatkan kemas kini terbaru game!
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post