Macam-macam game telah diumumkan di Sony PlayStation Showcase 2023 hari ini dan salah satu judul yang menarik perhatian saya adalah Phantom Blade Zero, sebuah game aksi samurai slasher fast-paced oleh S-Game. Seperti saya kata tadi, game ini memiliki identiti yang unik manakala gameplay-nya membuatkan ia menonjol di antara senarai yang dipamerkan.
Untuk memahami konteks, anda boleh tonton trailer rasmi di bawah:
Dicipta oleh S-Game dari China, Phantom Blade Zero merupakan “pewaris” kepada francais game mobile “Phantom Blade” yang dikeluarkan hanya di pasaran China.
Dalam Zero, kita akan bermain sebagai seorang pembunuh upahan bernama Soul yang disalah tuduh sebagai pembunuh Ketua organisasi “The Order”. Setelah diselamatkan oleh penyembuh mistik, Soul kini mempunyai 66 hari untuk membongkarkan siapa sebenarnya yang membunuh ketua The Order bagi membersihkan namanya. – Sinopsis

Trailer di atas banyak menghabiskan masa mempamerkan sistem pertempuran dalam dunia Phantom Blade Zero yang separuh open-world. Soul perlu bertarung pelbagai “musuh dan raksasa kuat” menggunakan ilmu kungfu dan variasi senjata. Dengan menghadapi pelbagai cabaran dan musuh, anda akan menerima ganjaran termasuk senjata, perisai, artifak, skil dan cara-cara lain untuk customize atau memajukan watak anda.

Dalam artikel di PlayStation Blog, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas S-Game – Soulframe Liang – memberikan maklumat tambahan tentang inspirasi di sebalik Phantom Blade Zero.
Asanya, game ini menggunakan pelbagai sumber semasa mencipta persekitaran, dan berlangsung di alam semesta yang adanya “kungfu cina, mesin pelik ala steampunk, seni ilmu ghaib, dan perkara yang menarik yang tidak sesuai dengan mana-mana kategori ini.” Game samurai ini juga mengambil ilham dari dunia pawagam, di mana filem Bruce Lee dan John Wick dipetik sebagai inspirasi untuk estetika “kungfupunk” dalam dunia permainan.

Jika pemaju dapat memastikan kualiti game itu sama bagus seperti dalam trailer, saya yakin ramai pemilik PS5 akan membeli apabila Phantom Blade Zero apabila ia dilancarkan secara rasmi.
Game ini sedang dalam pembangunan untuk PS5 dan PC. Malangnya, tarikh keluaran tepat belum diumumkan lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post