Hari ini, Square Enix telah menganjurkan acara Square Enix Presents untuk mendedahkan lebih banyak maklumat tentang beberapa harta intelektual milik mereka, di mana salah satu yang diumumkan adalah expansion Black Panther untuk Marvel’s Avengers!
Ia diumumkan bersama pelancaran rasmi DLC kedua Marvel’s Avengers Operation: Hawkeye – Future Imperfect, dan juga update next-gen yang menampilkan load time yang lebih baik, frame rate yang lebih tinggi, resolusi 4K, dan banyak peningkatan umum lain. Namun, pendedahan terbesar acara ini adalah pengumuman untuk sebuah expansion baru yang mengisahkan Black Panther dan Wakanda.
Berjudul Black Panther – War for Wakanda, expansion ini akan memberi pemain akses ke lokasi hutan rimba Wakanda, beberapa jenis musuh baru, dan penampilan Klaw yang terkenal sebagai pembunuh T’Chaka, bapa kepada Black Panther dan bekas raja Wakanda. Square Enix tidak mendedahkan banyak maklumat tentang expansion ini, tetapi teaser rasminya telah mengesahkan bahawa expansion ini akan datang pada hujung tahun 2021.
Banyak peminat yang tahu tentang kewujudan Black Panther dalam game ini sejak beberapa bulan lepas, kerana ia pernah diberitahu oleh Square Enix pada tahun lalu. Namun, sejak kematian Chadwick Boseman, Square Enix telah mendiamkan tentang pelancaran watak itu, kemungkinan besar untuk menghormati keluarga beliau dan peminat.
Itu sahaja yang didedahkan tentang expansion Black Panther: War for Wakanda, Marvel’s Avengers kini boleh didapati di PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X/S. Untuk segala liputan kami tentang acara Square Enix Presents, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post