Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Square Enix Akan Umumkan Game Mobile Baharu Dissidia Final Fantasy

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 13, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Square Enix Akan Umumkan Game Mobile Baharu Dissidia Final Fantasy
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah mengumumkan bahawa ia akan mendedahkan game baharu dalam siri Dissidia Final Fantasy, sebuah judul free-to-play “Team Boss Battle Arena“ yang akan datang secara eksklusif untuk peranti iOS dan Android.

Pengumuman penuh dijadualkan pada 14 Oktober jam 6:00 petang, di mana trailer pertama akan ditayangkan di YouTube.

Daripada deskripsi sahaja, game ini nampaknya akan menekankan combat berasaskan pasukan menentang bos-bos yang kuat, menggabungkan aksi ikonik siri ini dengan elemen RPG dari alam semesta Final Fantasy. Walaupun butiran lanjut masih dirahsiakan, syarikat telah melancarkan laman web teaser untuk pengumuman esok.

Ini merupakan game seterusnya dalam francais crossover yang digemari ramai ini sejak pelancaran konsol Dissidia Final Fantasy NT pada tahun 2018 dan RPG mobile Dissidia Final Fantasy: Opera Omnia, yang telah menamatkan operasinya tahun lepas.

Siri Dissidia Final Fantasy pertama kali dilancarkan pada tahun 2008 sebagai fighting game eksklusif untuk PlayStation Portable (PSP).

Dibangunkan oleh Square Enix, ia mencipta sebuah dunia multiverse unik di mana wira dan penjahat dari sepuluh game utama Final Fantasy—seperti Cloud Strife dan Sephiroth dari Final Fantasy VII—telah diseru untuk bertarung dalam konflik antara dewi Cosmos dan Chaos.

Siri ini berkembang dari tahun ke tahun, bermula dengan sekuel PSP pada tahun 2011, Dissidia 012 Final Fantasy, yang meluaskan senarai watak dan jalan cerita.

Pada tahun 2015, francais ini mengubah fokusnya kepada mod multiplayer 3v3 melalui sebuah judul arked, yang kemudiannya diadaptasi ke PlayStation 4 sebagai Dissidia Final Fantasy NT pada tahun 2018.

Dari segi platform mobile, Dissidia Final Fantasy: Opera Omnia telah dilancarkan pada tahun 2017. Menyimpang daripada akar umbi siri ini sebagai fighting game, Opera Omnia merupakan sebuah RPG gacha turn-based dengan model live-service.

Game ini mempunyai pengikut yang setia selama tujuh tahun sebelum server ditutup pada 29 Februari 2024 disebabkan isu “sukar untuk menarik pemain”.

Tags: Dissidia Final FantasyMobile
ShareTweetSend
Previous Post

BLEACH: Soul Resonance Umum Pelancaran 21 November, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka

Next Post

Genshin Impact Version ‘Luna II’ Akan Tiba 22 Oktober, Memperkenalkan Sistem UGC & Watak Nefer

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius
Temuramah

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius

September 4, 2026
GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition
Berita

GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition

September 4, 2026
Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Next Post
Genshin Impact Version ‘Luna II’ Akan Tiba 22 Oktober, Memperkenalkan Sistem UGC & Watak Nefer

Genshin Impact Version ‘Luna II’ Akan Tiba 22 Oktober, Memperkenalkan Sistem UGC & Watak Nefer

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd