Penerbit Nekki dan pemaju Banzai Games telah mengumumkan sebuah game pvp multiplayer aksi berasaskan pasukan bertajuk Spine. Game yang bertemakan cyberpunk ini merupakan game multiplayer 3v3 berasaskan pasukan dan masih dalam pembangunan. Setelah setahun teaser Spine dikeluarkan, akhirnya kita dapat saksikan trailer terbaru Spine yang ditayangkan oleh Nekki.
Spine akan dilancarkan ke beberapa buah platform seperti PlayStation5, Xbox series, PC via Steam, iOS dan Android. Tarikh pelancaran game tersebut tidak diumumkan kerana masih dalam fasa pra-pembangunan. Nekki ada menjelaskan bahawa game ini akan mengambil masa untuk disiapkan berikutan pembangunan Shadow Fight Arena.
Permainan ini berkisarkan mengenai sebuah teknologi canggih bernama “Spine” yang merupakan AI pertempuran yang berhubung dengan saraf tunjang badan manusia dan boleh mengawal setiap pergerakan otot. Ini membolehkan karakter untuk melakukan sesuatu diluar kebolehan manusia serta meningkatkan ketepatan, reaksi masa dan ketangkasan mereka. Setiap karakter mempunyai kebolehan, gaya serangan, dan senjata api yang unik menjadikan permainan ini lebih menarik.
Melalui Steam, kita dapat mengetahui beberapa perkara mengenai Spine. Antaranya, karakter-karakter untuk pemain. Terdapat pelbagai karakter unik untuk dipilih dan bertarung dengan pasukan lawan untuk menentukan nasib dunia distopia itu. Selain itu, sinematografik yang akan dipaparkan dalam permainan tersebut merupakan antara yang terbaik pemain akan saksikan dalam sebuah game pvp multiplayer.
Setelah melihat trailer yang dikeluarkan, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pemain-pemain diluar sana, terutamanya peminat Shadow fight yang juga diterbitkan Nekki. Shadow Fight merupakan game mobile aksi dan RPG yang mempunyai ciri arcade seperti Mortal Kombat. Pemain diberikan peluang untuk menggunakan pelbagai senjata, perisai dan juga mempunyai pelbagai teknik seni mempertahankan diri. Semakin jauh perjalanan anda, semakin banyak musuh yang unik dan bos yang berbahaya untuk dikalahkan.
Berikutan sukses daripada Shadow Fight, Spine dijangka dapat memberikan pengalaman terbaru kepada pemain pvp multiplayer dan juga mobile. Apa pendapat korang tentang game ini? Adakah korang akan bermain Spine apabila dilancarkan? Kalau berminat, jangan lupa untuk wishlist game ini di Steam!
Sumber: Gematsu
@gamersantaimy
Discussion about this post