Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spider-Punk Terima Filem Spinoff Spider-Verse, Daniel Kaluuya Sah Jadi Penulis Skrip

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 6, 2025
in Animasi, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Spider-Punk Terima Filem Spinoff Spider-Verse, Daniel Kaluuya Sah Jadi Penulis Skrip
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kemunculannya yang meletup dalam Spider-Man: Across the Spider-Verse, Spider-Punk disahkan bakal mempunyai filem animasinya sendiri!

Laporan daripada media menjelaskan bahawa projek ini masih di peringkat awal pembangunan, dan lebih menarik lagi, Daniel Kaluuya yang menyumbangkan suara watak itu akan turut terlibat sebagai salah seorang penulis skrip.

“Spider-Punk,” a spinoff of 2023’s animated hit “Spider-Man: Across the Spider-Verse,” is in early development at Sony Pictures Animation.

Daniel Kaluuya, who voiced the character in the comic book sequel, and Ajon Singh are developing and co-writing the feature. Plot details… pic.twitter.com/Fi0kC3sOc8

— Variety (@Variety) August 5, 2025

Filem ini akan diterajui oleh pasukan kreatif di sebalik kejayaan francais Spider-Verse iaitu Phil Lord, Chris Miller, dan Amy Pascal sebagai penerbit.

Walaupun penglibatan Kaluuya sebagai penulis sudah disahkan, peminat pastinya berharap dia akan kembali meminjamkan suaranya sebagai Hobie Brown, meskipun perkara itu belum diumumkan secara rasmi.

Kaluuya akan bekerjasama dengan Ajon Singh untuk menghasilkan skrip. Buat masa ini, maklumat lanjut seperti jalan cerita, pengarah, tarikh tayangan, dan pelakon lain masih dirahsiakan.

Filem ini bakal mengisahkan perjalanan Hobie Brown, iaitu Spider-Man dari Earth-138. Watak ciptaan Dan Slott dan Olivier Coipel ini pertama kali muncul dalam komik pada 2015 sebagai seorang wira anti-kerajaan yang menggunakan muzik dan semangat pemberontakannya untuk menentang sistem yang zalim, termasuklah rejim Norman Osborn.

Jelas sekali, filem ini akan meneroka sepenuhnya identiti punk-rock Hobie yang menjadikannya begitu unik. Populariti Hobie melonjak naik selepas filem Across the Spider-Verse pada 2023, di mana penonton terpikat dengan gaya punk, sikap selamba, dan lakonan suara Kaluuya yang penuh karisma.

Spinoff ini adalah sebahagian daripada rancangan besar Sony untuk terus mengembangkan dunia Spider-Man di layar perak, susulan kejayaan luar biasa filem-filem Spider-Verse.

Projek ini akan menyertai barisan filem dan siri lain yang dinantikan seperti siri live-action Spider-Noir (2026), filem ketiga Spider-Man: Beyond the Spider-Verse (2027), dan juga Spider-Man: Brand New Day (2026) yang dibintangi Tom Holland.

Spider-Man: Beyond the #SpiderVerse is coming exclusively to theatres June 4, 2027. 🕸️ pic.twitter.com/JE1XKqZYqP

— Spider-Man: Beyond The Spider-Verse (@SpiderVerse) April 1, 2025

Oleh kerana projek ini masih di peringkat awal dan fokus utama kini terarah pada penutup trilogi, Beyond the Spider-Verse, peminat mungkin perlu menunggu beberapa tahun lagi untuk filem solo Spider-Punk.

Namun begitu, mereka masih boleh menyaksikan aksi Hobie Brown sekali lagi dalam Spider-Man: Beyond the Spider-Verse sebelum dia menggegarkan panggung dengan filemnya sendiri.

Tags: animasiSpider-PunkSpider-Verse
ShareTweetSend
Previous Post

[Khabar Angin] NVIDIA Ingin Turunkan Harga GPU RTX 50 Akibat Jualan Lemah!

Next Post

KAIJU NO. 8 THE GAME Akan Dilancarkan 31 Ogos Untuk PC & Mobile, Prapendaftaran Cecah Lebih 850,000

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
KAIJU NO. 8 THE GAME Akan Dilancarkan 31 Ogos Untuk PC & Mobile, Prapendaftaran Cecah Lebih 850,000

KAIJU NO. 8 THE GAME Akan Dilancarkan 31 Ogos Untuk PC & Mobile, Prapendaftaran Cecah Lebih 850,000

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd