Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar Angin] NVIDIA Ingin Turunkan Harga GPU RTX 50 Akibat Jualan Lemah!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 5, 2025
in Artikel, Berita, GPU, Khabar angin, Teknologi
0 0
0
[Khabar Angin] NVIDIA Ingin Turunkan Harga GPU RTX 50 Akibat Jualan Lemah!
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar angin dari sumber industri mendakwa NVIDIA berura-ura untuk menurunkan harga kad grafik siri GeForce RTX 50, mungkin seawal Ogos 2025.

Tindakan ini dipercayai berpunca daripada prestasi jualan yang tidak mencapai sasaran dan masalah lambakan stok yang kini memberi tekanan hebat kepada syarikat serta rakan-rakan pengeluarnya.

Siri GeForce RTX 50, yang berasaskan seni bina “Blackwell”, sebelum ini dilancarkan dengan penuh gembar-gembur di CES 2025. Model-model utamanya seperti RTX 5080 dan RTX 5090 yang mula dipasarkan pada 30 Januari 2025 menawarkan teknologi terkini termasuk RT Cores dan Tensor Cores generasi baharu.

Namun, permintaan awal yang didorong oleh permintaan daripada sektor AI dan komuniti gamer tegar kini dilihat semakin pudar, dengan pasaran yang dilaporkan mula mendingin.

Maklumat daripada pihak dalaman, termasuk laporan dari Boardchannels yang tersebar di forum Chiphell, mendedahkan bahawa stok siri RTX 50 kini menimbun dan jauh melebihi paras ideal.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh pengeluaran yang tidak berhenti meskipun permintaan pengguna menjunam sejak pertengahan 2025, menyebabkan NVIDIA dan rakan kongsi AIB seperti ASUS, MSI, dan Gigabyte berdepan masalah lebihan stok.

Prestasi jualan yang suram ini dikatakan berpunca daripada beberapa isu utama yang membuatkan pengguna tawar hati:

  • Harga Terlalu Mahal: Tanda harga yang tinggi sejak pelancaran mengundang kritikan hebat. RTX 5080 dijual pada harga yang sama dengan RTX 4080 Super (RM 5,190), manakala model teratas RTX 5090 mencecah RM 10,390. Strategi harga ini dianggap tidak munasabah, terutamanya bagi kad kelas pertengahan.
  • Peningkatan Prestasi Tidak Sehebat Dijangka: Ramai pengguna merasakan lonjakan prestasi berbanding siri RTX 40 tidak begitu ketara. RTX 5080, sebagai contoh, hanya sedikit lebih laju daripada RTX 4080 Super dan masih tidak dapat menandingi RTX 4090. Ini menjadikan siri baharu ini kurang berbaloi untuk dinaik taraf, apatah lagi kebergantungannya pada teknologi DLSS 4 yang menimbulkan isu sela masa input (input lag).
  • Isu Teknikal dan Pemacu (Driver): Model bawahan seperti RTX 5060 Ti yang hanya dilengkapi 8GB VRAM dianggap lapuk untuk standard gaming masa kini. Masalah ini ditambah lagi dengan pemacu NVIDIA sejak Januari 2025 yang sering dilaporkan tidak stabil, menyebabkan isu seperti skrin hitam dan ranap sistem (BSOD), sekali gus menghakis kepercayaan pengguna.
  • Saingan Hebat dari AMD: Pesaing utama, AMD, berjaya memberi saingan sengit. Kad Radeon RX 9070 XT mereka dilaporkan lebih laris berbanding RTX 5070 Ti di sesetengah pasaran kerana menawarkan nilai yang lebih baik dengan 16GB VRAM dan prestasi yang setanding.

Laporan-laporan ini turut menyebut bahawa penurunan harga tersebut dijangka besar-besaran dan akan bermula sekitar Ogos 2025, malah sesetengah penjual mungkin akan menurunkannya lebih awal bagi mencapai sasaran jualan.

Pemotongan harga ini dijangka lebih tertumpu kepada model-model kelas pertengahan dan bawahan seperti RTX 5070. Manakala, model premium seperti RTX 5090 mungkin tidak terjejas teruk kerana permintaannya dalam sektor AI masih kukuh.

Pun begitu, masih ramai dalam komuniti teknologi yang ragu-ragu dengan berita ini memandangkan ia hanyalah khabar angin tanpa pengesahan rasmi. Tambahan pula, NVIDIA mempunyai reputasi untuk sentiasa mempertahankan harga premium produknya.

Sekiranya khabar angin ini benar, ia pastinya berita baik buat pengguna yang bakal menikmati pilihan GPU RTX 50 Series pada harga yang lebih mampu milik.

Tags: GPUkhabar anginRTX 50
ShareTweetSend
Previous Post

“Everybody’s Golf Hot Shots Berhasrat Menjadi Game Untuk Semua Orang” – Interviu Bersama Produser Takafumi Takemoto

Next Post

Spider-Punk Terima Filem Spinoff Spider-Verse, Daniel Kaluuya Sah Jadi Penulis Skrip

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Spider-Punk Terima Filem Spinoff Spider-Verse, Daniel Kaluuya Sah Jadi Penulis Skrip

Spider-Punk Terima Filem Spinoff Spider-Verse, Daniel Kaluuya Sah Jadi Penulis Skrip

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd