Satu permainan yang menarik perhatian kami sebentar tadi di State of Play PlayStation yang baru sahaj selesai ialah sebuah permainan yang agak baru yang kini bakal hadir di PlayStation 4! Iya, permainan yang dimaksudkan adalah SPELLBREAK! Sebuah permainan Battle Royale yang pasti akan menarik peminat yang sukakan alam magikal, menjadi ahli sihir terkuat dan semua ini akan hadir dalam permainan yang diumumkan hadir dalam musim bunga tahun 2020!
Permainan Battle Royale terbaru ini dihasilkan oleh Proletariat, pemain bakal terbang tinggi dalam dunia battle royale yang sememangnya lain dari yang lain! Daripada menembak pistol atau meancarkan roket, pemain akan menggunakan mantra ajaib dalam usaha untuk mengalahkan lawan mereka. Sudah tentu, mereka juga akan mempunyai kemampuan defensif yang tersedia untuk mereka; kita dapat melihat sejenis perisai pertahanan yang digunakan untuk melindungi salah satu pemain. Terdapat juga pergerakan menentang graviti yang adil, kerana para pemain telah ditunjukkan melompat lebih tinggi di beberapa bahagian.
Nampaknya permainan battle royale yang akan datang ini pasti bakal menjadi salah satu kegemaran pemain! Tidak mahu ketinggalan? Anda boleh mendaftar beta tertutup di laman web rasmi SPELLBREAK. Tanpa lengahkan masa, jom liht treler cinematic permainanya disini;
@gamersantaimy
Discussion about this post