Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Alami Saga Saiyan & Namek Dalam Gameplay Baru DRAGON BALL: Sparking ZERO!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2024
in Anime, Artikel, Berita, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Alami Saga Saiyan & Namek Dalam Gameplay Baru DRAGON BALL: Sparking ZERO!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Bandai Namco Entertainment telah memperkenalkan tambahan pada senarai watak daripada dua saga terawal DRAGON BALL Z, iaitu Saiyan Saga dan Namek Saga, dalam gameplay baharu DRAGON BALL: Sparking ZERO.

Berikut adalah trailer lengkap:

Trailer baharu memperkenalkan watak daripada dua saga awal DRAGON BALL Z, Saiyan Saga dan Namek Saga. Saiyan Saga memulakan persaingan antara Goku dan Vegeta, bermula dengan pertarungan menentang Raditz yang membawa kepada pertemuan Nappa dan Vegeta di Bumi. Penambahan watak termasuk Saibaman dan Chiaotzu.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Namek Saga mengikuti perjalanan Vegeta, Gohan, Krillin dan Goku yang menghadapi ancaman Frieza, maharaja jahat yang ingin menuntut Dragon Ball. Penambahan watak baharu daripada saga ini termasuk pasukan elit Frieza, Cui, Dodoria, dan Zarbon, bersama-sama dengan baki Ginyu Force, Recoome, Guldo dan Captain Ginyu. Nail, pahlwanan Namek yang garang, juga akan tersedia.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Selain itu, DRAGON BALL: Sparking ZERO akan menyertakan Frieza dalam senarai watak, bersama dengan semua bentuk transformasi miliknya dalam Dragon Ball Z: First Form, Second Form, Third Form, Fourth Form dan Full Power Form.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Dibangunkan oleh Spike Chunsoft dan memanfaatkan Unreal Engine 5, DRAGON BALL: Sparking! ZERO menjanjikan pertempuran pantas, persekitaran yang boleh dimusnahkan dan visual menakjubkan untuk menyampaikan sekuel yang telah ditunggu-tunggu selepas lebih 15 tahun untuk siri Budokai Tenkaichi!

Bagi mereka yang berminat, game ini akan dikeluarkan pada 11 Oktober 2024, di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, sila tekan SINI.

Tags: Dragon Ball: Sparking ZERO
ShareTweetSend
Previous Post

Spec PC Rasmi Untuk EA Sports FC 25 – Mampu Ke PC Anda?

Next Post

Reviu Predator Helios Neo 14 – Gaming Tapi Masih Mudah Alih!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Reviu Predator Helios Neo 14 – Gaming Tapi Masih Mudah Alih!

Reviu Predator Helios Neo 14 - Gaming Tapi Masih Mudah Alih!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd