Sony Interactive Entertainment (SIE) akan menghentikan operasi Bluepoint Games, studio yang bertanggungjawab menghasilkan remake Demon’s Souls untuk PlayStation 5, pada Mac ini.
Didedahkan oleh Bloomberg, berita ini dianggap sebagai pengakhiran yang mengejutkan buat studio yang selama ini dijulang sebagai “standard” dalam aspek kepakaran teknikal di bawah payung PlayStation Studios.

Keputusan itu dijelaskan melalui emel dalaman yang dihantar kepada kakitangan oleh Hermen Hulst, CEO Studio Business Group Sony.
Dalam memo tersebut, Hulst menjelaskan bahawa “persekitaran industri yang semakin mencabar” menjadi punca utama, di mana kos pembangunan yang melambung tinggi serta pertumbuhan pasaran yang perlahan telah memaksa syarikat menilai semula strategi mereka.
Pakar Remake Tetapi Transisinya Susah
Berpangkalan di Austin, Texas, Bluepoint Games membina reputasi sebagai pakar dalam kerja-kerja “remaster dan remake”. Hasil tangan mereka melalui Shadow of the Colossus (2018) serta Demon’s Souls (2020) telah dipuji ramai sebagai bukti kehebatan teknikal.
Kecemerlangan inilah yang membawa kepada pengambilalihan rasmi studio tersebut oleh Sony pada September 2021.
Walau bagaimanapun, perjalanan Bluepoint sebagai pembangun first-party nampaknya tidak semudah yang disangka. Meskipun terlibat sebagai studio sokongan bagi God of War Ragnarök pada 2022, Bluepoint berdepan kesukaran untuk melancarkan projek solo sendiri.
Beberapa laporan dalaman mendedahkan bahawa studio tersebut cuba mengalihkan fokus daripada sekadar membuat remake kepada penghasilan kandungan original dan game berasaskan live-service.
BREAKING: PlayStation has canceled two more live-service games, from subsidiaries Bend and Bluepoint, Bloomberg has learned. Fans have long wondered what Bluepoint has been working on for the last couple of years. I can report it was a live-service God of War game. www.bloomberg.com/news/article…
— Jason Schreier (@jasonschreier.bsky.social) January 17, 2025 at 7:09 AM
[image or embed]
Malangnya, pada Januari 2025, Sony dilaporkan telah membatalkan satu projek live-service misteri yang sedang dibangunkan oleh Bluepoint sejak 2022 (projek yang dikhabarkan merupakan game multiplayer dalam semesta God of War).
Dengan pembatalan tersebut dan ketiadaan projek baharu, masa depan studio itu mula menjadi tidak menentu.
Demi Kelangsungan Perniagaan
Dalam emel, Hermen Hulst mengakui bakat yang ada di studio tersebut, namun menegaskan bahawa Sony perlu menyusun semula operasi mereka agar lebih efisien.
“Keputusan ini bukan sesuatu yang mudah untuk diambil,” tulis Hulst. “Bluepoint adalah sebuah pasukan yang sangat berbakat dan kepakaran teknikal mereka telah memberikan pengalaman yang luar biasa buat komuniti PlayStation. Namun, demi mengharungi realiti semasa, kami perlu terus berubah dan berkembang.”
Proses penutupan studio ini dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir Mac 2026. Bagi kakitangan di Bluepoint, Sony cuba menyerap sebahagian daripada mereka ke dalam rangkaian studio global mereka yang lain. Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada kepastian mengenai jumlah sebenar pekerja yang bakal berjaya dipindahkan.









Discussion about this post