Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Epic Games Store – STALCRAFT: X, Return To Ash, & Residual Adalah Percuma Minggu Ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 20, 2026
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC
0 0
0
Epic Games Store – STALCRAFT: X, Return To Ash, & Residual Adalah Percuma Minggu Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Epic Games Store kembali memeriahkan kedai digital mereka dengan menawarkan dua game hebat untuk PC serta satu cabaran survival di angkasa lepas bagi pengguna peranti mobile. Keseluruhannya bernilai lebih RM60; tetapi bermula sekarang sehingga 27 Februari, kita boleh menebus semuanya tanpa sebarang kos.

STALCRAFT: X Starter Edition (Nilai asal – RM49.99)

Jika minat genre tactical shooter dengan latar Chernobyl Exclusion Zone, STALCRAFT: X adalah game yang tidak harus dilepaskan. Karya daripada EXBO ini menampilkan elemen combat MMOFPS yang rancak dengan sistem RPG.

Walaupun game asasnya boleh dimainkan secara percuma (free-to-play), “Starter Edition” yang biasanya dijual pada harga hampir RM50 ini memberikan kelebihan besar bagi pemain baharu.

Melalui pek ini, setiap “Seeker” akan dibekalkan dengan kelengkapan penting untuk raid pertama mereka, termasuk akses Premium selama tujuh hari, senjata khusus, armor, artifak, serta barangan kosmetik.

Semua ini sangat membantu untuk anda bertahan daripada ancaman mutan dan pemain lawan yang berkeliaran di kawasan hutan radioaktif tersebut.

Return To Ash (Nilai asal – RM11.99)

Bagi mereka yang lebih menghargai cerita, Return To Ash ialah sebuah karya naratif yang cukup emosional. Diterbitkan oleh Serenity Forge (studio yang terkenal dengan Doki Doki Literature Club Plus!), visual novel ini membawa kita menyelami kisah Ashleigh. Dia terjaga di sebuah ruang putih misteri selepas lama menderita akibat penyakit kronik.

Dalam dunia yang menyerupai alam purgatory, kita akan mengawal nasib Ashleigh, membina hubungan dengan roh-roh lain, dan melalui pelbagai ujian yang diberikan oleh satu sosok bertopeng yang digelar “Death”.

Walaupun kisahnya simple, ia memberikan impak di mana setiap pilihan anda menentukan sama ada Ashleigh akan menemui ketenangan, mencari peluang untuk menebus dosa, atau berjuang demi kehidupan kedua.

Residual (Android)

Pengguna mobile juga tidak dilupakan. Residual kini boleh ditebus secara percuma untuk platform Android melalui aplikasi Epic Games Store sehingga 27 Februari.

Dibangunkan oleh Orangepixel, Residual merupakan sebuah survival platformer yang lebih memfokuskan kepada elemen penerokaan dan penyelesaian teka-teki berbanding combat biasa.

Selepas terhempas di sebuah planet asing, anda perlu meneroka dunia yang dihasilkan secara rawak untuk mencari bekalan makanan, membina peralatan seperti teleporter, serta mengaktifkan teknologi bagi membaiki kapal angkasa anda.

Dengan ribuan planet unik untuk diterokai dan ditemani oleh robot pembantu yang bermulut laser, game ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan konsep “lone survivor” tanpa tekanan combat yang berterusan.

Tags: epic games storeResidualReturn To AshSTALCRAFT: X
ShareTweetSend
Previous Post

Jepun Umum Sekolah Tuisyen Pertama Di Mana Tenaga Pengajar Adalah VTuber Sepenuhnya!

Next Post

Sony Tutup Bluepoint Games, Studio Di Sebalik Remake Demon’s Souls & Shadow of the Colossus!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Sony Tutup Bluepoint Games, Studio Di Sebalik Remake Demon’s Souls & Shadow of the Colossus!

Sony Tutup Bluepoint Games, Studio Di Sebalik Remake Demon’s Souls & Shadow of the Colossus!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd