Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony sah membeli EVO Championship Series!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 19, 2021
in Artikel, Berita, Esports
0 0
0
Sony sah membeli EVO Championship Series!
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula pada tahun 1996, Evolution Championship Series yang biasa dipanggil sebagai EVO, memang cukup terkenal di kalangan peminat bergenre fighting. Biasanya dianjurkan di Amerika Syarikat, kejohanan ini menarik minat pemain dari seluruh dunia, terutamanya pemain dari Jepun. Selepas menyedari potensi acara ini, Sony Interactive Entertainment berganding bahu dengan syarikat RTS untuk memperoleh EVO dari Triple Perfect Inc.

Welcoming @Evo into the PlayStation family: https://t.co/I3J5iOKhha

Sony Interactive Entertainment and new esports venture RTS have jointly acquired the Evolution Championship Series pic.twitter.com/efOkbf61lU

— PlayStation (@PlayStation) March 18, 2021

Menurut Sony, game fighting sangat popular di konsol PlayStation, di mana ia berjaya mencatat sebanyak tempoh waktu sebanyak 1.1 bilion jam di konsol gaming Sony pada tahun lalu (kajian oleh Sony). Bekerjasama dengan RTS adalah langkah strategik memandangkan ibu syarikatnya, Endeavour, mempunyai banyak pengalaman dalam menguruskan esports dan acara besar seperti UFC dan Miss Universe.

Selepas pengambilalihan ini, pengasas bersama Tom Cannon dan Tony Cannon akan memegang peranan sebagai penasihat. Walaupun dibatalkan tahun lepas, EVO dijangka kembali tahun ini tetapi dalam format dalam talian kerana wabak COVID-19. Untuk menjadikan pertandingan lebih mudah diakses, tiada bayaran akan dikenakan untuk masuk ke dalam acara. Terbuka untuk semua pemain dari Amerika Syarikat, Eropah, Asia, dan Amerika Latin, keseluruhan kejohanan termasuk pusingan kelayakan akan disiarkan secara langsung di Twitch.

Setakat ini, EVO telah mengesahkan game popular seperti Street Fighter 5: Champion Edition, Mortal Kombat 11 Ultimate, Tekken 7, dan Guilty Gear Strive pada senarai tahun 2021. Walaupun begitu, pemain dari Asia tidak dapat mengambil bahagian dalam Mortal Kombat 11 Ultimate.

Untuk pemain yang berminat, anda mempunyai masa sehingga bulan Ogos ini untuk mengasah kemahiran kerana acara EVO Championship Series akan diadakan pada 6 hingga 8 Ogos dan 13 hingga 15 Ogos. Untuk segala liputan kami tentang acara Esports, sila tekan pautan ini.

Sumber – Blog SIE

Tags: acaraEsportsEVOEvolution Championship SeriesSony
Previous Post

VR Controller terbaru telah didedahkan untuk Nex-Gen VR di PS5!

Next Post

Bertarung menggunakan kuasa psikik di Scarlet Nexus! Pra-pesan sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
Bertarung menggunakan kuasa psikik di Scarlet Nexus! Pra-pesan sekarang!

Bertarung menggunakan kuasa psikik di Scarlet Nexus! Pra-pesan sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd