Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony & Bandai Namco Mendahului Carta Gaji Syarikat Gaming Jepun, Tidak Kelibat Square Enix

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 30, 2025
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Industri
0 0
0
Sony & Bandai Namco Mendahului Carta Gaji Syarikat Gaming Jepun, Tidak Kelibat Square Enix
Share on FacebookShare on Twitter

Satu laporan terkini telah menyenaraikan 20 syarikat gaming di Jepun dengan tawaran purata gaji tahunan tertinggi. Dua gergasi industri, Sony Group dan Bandai Namco Holdings, dilihat mengungguli senarai tersebut.

Namun, laporan yang diterbitkan oleh pembangun perisian SalesNow ini turut mendedahkan sesuatu yang tidak dijangka: nama besar seperti Square Enix langsung tidak tersenarai.

Kajian ini, yang meliputi data dari Jun 2023 hingga Jun 2024, bersumberkan SalesNow DB, salah satu pangkalan data korporat terbesar di Jepun. Gergasi teknologi Sony Group Corporation berada di tangga teratas dengan purata pendapatan tahunan sekitar 11.13 juta yen (kira-kira RM333,967).

Bandai Namco Holdings, yang terkenal dengan game dan mainan, pula berada di kedudukan kedua dengan purata gaji 10.95 juta yen (kira-kira RM328,500). Kedua-dua syarikat ini merupakan satu-satunya dalam senarai yang menawarkan gaji purata melebihi 10 juta yen.

Melengkapkan tiga kedudukan teratas ialah sebuah lagi nama besar industri, Nintendo, dengan purata gaji tahunan sekitar 9.63 juta yen (anggaran RM288,806).

Pihak SalesNow menjelaskan bahawa kaedah pengumpulan data ini merangkumi maklumat daripada pendaftaran syarikat, pendedahan pejabat cukai, serta data awam daripada agensi kerajaan dan syarikat lain.

Oleh itu, mereka turut memaklumkan bahawa angka yang dipaparkan mungkin sedikit berbeza dengan data gaji rasmi yang dikeluarkan oleh setiap syarikat.

Selain tiga syarikat teratas, senarai ini juga menunjukkan trend gaji yang stabil di kalangan studio-studio terkemuka Jepun. Syarikat seperti Sega Sammy Holdings, Akatsuki, DeNA, Capcom, dan Koei Tecmo Holdings menawarkan purata gaji dalam lingkungan 8 juta yen.

Manakala, majoriti syarikat lain dalam senarai seperti GungHo, Nexon, dan Konami pula menawarkan purata gaji sekitar 7 juta yen.

Berikut ialah senarai penuh 20 syarikat gaming Jepun dengan purata gaji tahunan tertinggi:

KedudukanSyarikatPurata Pendapatan Tahunan (JPY)Purata Pendapatan Tahunan (Anggaran RM)
1Sony Group Corporation11,132,231RM 333,967
2Bandai Namco Holdings10,950,000RM 328,500
3Nintendo9,626,857RM 288,806
4Sega Sammy Holdings8,791,596RM 263,748
5Akatsuki8,557,000RM 256,710
6DeNA8,540,000RM 256,200
7Capcom8,328,000RM 249,840
8Koei Tecmo Holdings8,105,686RM 243,171
9GungHo Online Entertainment7,504,000RM 225,120
10Bank of Innovation7,421,000RM 222,630
11Crooz7,290,000RM 218,700
12Nexon7,256,000RM 217,680
13Drecom7,188,223RM 215,647
14Konami Group Corporation7,108,375RM 213,251
15Digital Hearts Holdings6,743,000RM 202,290
16Colopl6,719,000RM 201,570
17Imagineer6,528,603RM 195,858
18KLab6,449,000RM 193,470
19MyNet6,339,917RM 190,198
20FuRyu6,231,302RM 186,939

Notis: Anggaran pertukaran mata wang adalah berdasarkan kadar 1 JPY = RM0.030. Kadar sebenar mungkin berbeza.

Walaupun angka-angka ini mungkin kelihatan sederhana jika dibandingkan dengan gaji di negara lain, ia sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding purata pendapatan di Jepun. Menurut laporan GameBusiness.jp, purata gaji tahunan bagi seorang pekerja di Jepun (merentasi semua sektor) pada tahun 2024 adalah sekitar 4.26 juta yen.

Ini jelas menunjukkan betapa lumayannya kerjaya dalam syarikat-syarikat gergasi gaming di negara itu.

Tags: Syarikat Gaming Jepun
ShareTweetSend
Previous Post

EA Hentikan Jualan Loot Box FC 25 & FC 26 Di Korea Kerana Undang-Undang Baharu!

Next Post

Siapakah Kagaya Ubuyashiki? Pemimpin di Sebalik Tabir Kepada Seluruh Demon Slayer Corps!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Siapakah Kagaya Ubuyashiki? Pemimpin di Sebalik Tabir Kepada Seluruh Demon Slayer Corps!

Siapakah Kagaya Ubuyashiki? Pemimpin di Sebalik Tabir Kepada Seluruh Demon Slayer Corps!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd