Hari ini, SEGA secara rasminya telah melancarkan Sonic Superstars untuk platform PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Xbox Series X|S, Xbox One, Epic Games Store dan Steam!
Masih mengekalkan formula Sonic yang ikonik, ini merupakan game 2D platformer di mana anda boleh mengawal sebanyak empat watak berbeza. Sonic, Tails, Amy dan Knuckles mempunyai akses kepada pergerakan asas yang sama; mereka boleh berlari, melompat, dan melaksanakan Spin Dash.
Walaupun begitu, mereka juga datang dengan abiliti istimewa sendiri! Untuk memudahkan perjalanan anda semua, berikut adalah penjelasan tentang empat watak yang boleh dimainkan, kebolehan unik mereka dan jenis-jenis “Emerald Power” yang boleh dipakai di dalam game.
Watak yang Boleh Dimainkan
Sonic: Drop Dash milik Sonic membolehkannya melakukan Spin Dash serta-merta selepas mendarat. Tekan dan tahan butang butang lompat semasa di udara untuk melaksanakannya.
Tails: Terbang dengan menekan butang lompat berulang kali. Jika seorang rakan panjat atas Tails semasa sedang terbang, dia akan membawa rakan itu bersama. Tailes juga boleh melakukan DMG menggunakan ekornya ketika terbang.
Amy: boleh melancarkan serangan tukul selepas mendarat. Untuk melaksanakannya, tekan dan tahan butang lompat semasa di udara. Dia juga boleh melompat dua kali dengan menekan butang lompat sekali lagi apabila di udara. Gunakan tukul Amy untuk memukul musuh dan hancur dinding!
Knuckles: Meluncur sebagai Knuckles di udara dengan menekan butang lompat di udara. Apabila Knuckles meluncur melepasi dinding, dia boleh turun dan memanjatnya ke atas dan ke bawah. Jika dinding menghalang laluan anda, Knuckles boleh merobohkan dinding itu dengan penumbuknya.
Emerald Power
Buka Emerald Power serba baharu dengan mengumpul Chaos Emerald daripada Special Stage yang tersembunyi sepanjang Act. Emerald Power menawarkan pelbagai abiliti seperti mencipta klon untuk membelasah musuh dan berenang naik atas air terjun. Selepas mengaktifkan Emerald Power, anda boleh menggunakan abiliti seberapa banyak yang anda mahu mengikut had masa. Jika kehabisan masa, pergi ke Star Post untuk menambah pemasa Emerald Power.
Avatar: Mencipta klon yang akan memusnahkan objek, membelasah musuh, dan mengumpul Cincin dan item.
Peluru: Mengubah watak menjadi bola api dan membolehkan anda meletup ke mana-mana arah. Anda boleh gunakan abiliti ini seberapa banyak yang anda mahu mengikut had masa.
Vision: Mendedahkan platform tersembunyi dan Cincin dalam Act.
Water: Mengubah badan watak menjadi air dan membolehkan anda berenang ke air terjun dan bergerak dengan bebas bawah air. Anda juga boleh merempuh musuh semasa berada di bawah air. Selagi mempunyai masa di jam, tidak perlu keluar untuk mendapatkan udara, dan anda tidak akan terjejas oleh arus air.
Ivy: Menanam pokok menjalar yang membantu anda melepas halangan. Anda juga boleh mengawal arah pokok menjalar itu menumbuh.
Slow: Memperlahankan pergerakan objek dan platform. Abiliti ini berguna apabila berhadapan dengan halangan dan objek kelajuan tinggi.
Extra: Menghadiahkan serangan yang kuat kepada watak. Kesan adalah berbeza-beza berdasarkan watak tersebut. Sebagai contoh, Knuckles akan melancarkan gelombang api pada musuhnya.
Sekali lagi saya ingatkan, Sonic Superstars sudah dilancarkan hari ini di PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Xbox Series X|S, Xbox One, Epic Games Store dan Steam.
Baca segala liputan kami tentang Sonic Superstars di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post