Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic Central 2024: Semua Berita Besar Yang Diumumkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2024
in Animasi, Artikel, Berita, Game, Komik, Senarai
0 0
0
Sonic Central 2024: Semua Berita Besar Yang Diumumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Siaran langsung Sonic Central 2024 telah berlangsung pagi tadi, dan pagi ini, kami ingin menyampaikan semua berita terkini mengenai francais Sonic the Hedgehog untuk tahun 2025. Bagi para peminat, memang ada banyak pengumuman menarik untuk dinantikan! Tanpa melengahkan masa, berikut adalah butirannya:

Sonic Rumble

Bersiaplah untuk Sonic Rumble, yang akan hadir musim sejuk ini di kedua-dua peranti mudah alih dan PC! Anda boleh bermain dengan sehingga 32 rakan, menghadapi cabaran baharu, berlumba melalui pelbagai peringkat, dan mengumpul cincin serta membuka pelbagai barangan kosmetik eksklusif.

Sonic Dash, Sonic Dash+, dan Sonic Forces

Kredit: SEGA

Watak-watak baru akan menyertai keseronokan! Watak baru, Valhalla Surge, mempunyai keupayaan untuk membaling pelbagai kapak dan mengejutkan lawan yang menghalang protective boost milinya. Pemain boleh membuka watak ini sekarang! Menjelang akhir tahun ini, peminat boleh mengharapkan lebih banyak watak baru termasuk Oni Mephiles yang misterius, Warrior Shadow yang berani, dan Dulce Amy yang comel.

Sonic Dream Team

Kredit: SEGA

Selepas empat kemas kini, Sonic Dream Team akhirnya akan memperkenalkan watak baru: Shadow the Hedgehog. Diumumkan hari ini, ini adalah kemas kini kandungan pertama yang menghubungkan game ini dengan Fearless Year of Shadow yang sedang berlangsung oleh SEGA.

Super Monkey Ball Banana Rumble

Kostum Shadow the Hedgehog, tersedia sekarang sebagai sebahagian daripada SEGA Costume Pack, yang boleh dibeli di Nintendo eShop. Sebagai bonus tambahan untuk meraikan Sonic X Shadow Generations, pemain juga boleh memperibadikan monyet mereka dengan bola bertema Sonic dan Shadow, yang boleh dimuat turun secara percuma di Nintendo eShop!

Kolaborasi Sonic the Hedgehog x DC Comics

SEGA dan DC Comics telah mendedahkan rancangan untuk crossover DC x Sonic akan datang, yang diumumkan hujung minggu lalu. Crossover ini akan dilancarkan dengan siri komik bulanan mulai Mac 2025, oleh Ian Flynn, dan akan termasuk barangan serta produk berlesen lain. Di Sonic Central hari ini, pratonton watak-watak Sonic sebagai watak DC klasik telah diperlihatkan, seperti Shadow sebagai Batman, Knuckles sebagai Superman, Amy sebagai Wonder Woman, dan Sonic sebagai The Flash!

Siri Animasi Pendek Chao Tales

Chao akan kembali dalam siri animasi pendek akan datang! Siri ini akan mempunyai 8 episod dan akan memaparkan Sonic yang melawat taman Chao sepanjang tahun. Satu-satunya Chao yang ditunjukkan adalah Shadow Chao, yang dijangka menjadi salah satu watak utama siri ini. Walaupun tarikh tayangan tidak diumumkan, SEGA berkata ia akan datang tidak lama lagi.

Dark Beginnings

Menjelang pelancaran Sonic X Shadow Generations, siaran Sonic Central 2024 hari ini akhirnya memberikan butiran mengenai Dark Beginnings, siri animasi pendek tiga bahagian yang mengisahkan kehidupan Shadow dan peristiwa yang membawa kepada game tersebut. Episod pertama bertajuk “Shadow and Maria” akan dikeluarkan esok, dengan episod baru setiap minggu berikutnya, iaitu pada 3 Oktober dan 10 Oktober.

Skin, Level, dan Suara Keanu Reeves Dari Sonic Movie 3 Akan Datang ke Sonic X Shadow Generations

Kandungan DLC Sonic X Shadow Generations kini telah didedahkan. Skin Movie Shadow dan Sonic 3 Movie Level akan hadir ke dalam game ini sebagai “Sonic 3 Movie Pack” pada 12 Disember. Selain membawa rupa Shadow dari filemnya ke game baharu ini, DLC ini juga akan menampilkan suaranya, yang akan diisi oleh Keanu Reeves. Level tersebut akan berlatarkan Tokyo, salah satu lokasi utama dalam filem tersebut.

Maria dan Mephiles Muncul Dalam Trailer Baru Shadow Generations

Trailer terbaru untuk Sonic X Shadow Generations telah dilancarkan, memperlihatkan pelbagai kandungan! Trailer ini memfokuskan pada jalan cerita permainan, di mana Maria, Black Doom, dan Mephiles semuanya membuat kemunculan.

Malah, Time Eater juga muncul, walaupun masih tidak jelas apa kaitannya dengan cerita Shadow. Namun, pengakhiran trailer ini menunjukkan bahawa terdapat pertemuan penting yang menanti Shadow dalam kisahnya.

Bagi mereka yang berminat, Sonic X Shadow Generations akan dilancarkan pada 25 Oktober 2024 di PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Xbox Series X|S, Xbox One, Steam, dan Epic Games Store.

Untuk maklumat tentang pre-order, anda boleh rujuk artikel kami di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Sonic Central 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Interviu TEKKEN 8 – Kepulangan Heihachi, Kolaborasi Baharu & Potensi Pencak Silat Dalam Game!

Next Post

Monster Hunter Wilds Akan Datang 28 Februari 2025, Pre-Order Kini Dibuka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Marvel Rivals Season 2.5: Hellfire Gala Bawa Masuk Ultron, Peta Arakko & Team-Up Ability Lagi Hebat
Berita

Marvel Rivals Season 2.5: Hellfire Gala Bawa Masuk Ultron, Peta Arakko & Team-Up Ability Lagi Hebat

May 23, 2025
Next Post
Monster Hunter Wilds Akan Datang 28 Februari 2025, Pre-Order Kini Dibuka!

Monster Hunter Wilds Akan Datang 28 Februari 2025, Pre-Order Kini Dibuka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd