Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Wilds Akan Datang 28 Februari 2025, Pre-Order Kini Dibuka!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2024 - Updated on February 13, 2025
in Action, Artikel, Berita, MHWilds, Open World, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Monster Hunter Wilds Akan Datang 28 Februari 2025, Pre-Order Kini Dibuka!
Share on FacebookShare on Twitter

Monster Hunter Wilds akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam pada 28 Februari 2025, menurut siaran langsung State of Play pagi ini. Kini dibuka untuk pre-order, anda boleh mendapatkan Monster Hunter Wilds edisi Standard, edisi Deluxe dan edisi Premium Deluxe.

Tonton trailer baru di bawah:

Permulaan Kisah

Kredit: Capcom

Trailer hari ini memberikan pandangan pertama terhadap raksasa utama dalam cerita Monster Hunter Wilds, Arkveld. Raksasa misteri ini berasal dari spesies yang telah lama dianggap pupus dan memiliki sayap berbentuk rantai yang unik.

Setelah menyelamatkan seorang budak lelaki bernama Nata di sempadan Forbidden Lands, Hunter’s Guild membentuk Forbidden Lands Research Commission untuk menyiasat makhluk misteri “White Wraith” yang menyerang kampung Nata.

Kredit: Capcom

Untuk menjelajah kawasan ini, Research Commission menghantar beberapa unit, termasuk Avis Unit yang terdiri daripada Alma, Gemma, Hunter yang dimainkan oleh pemain, dan Palico mereka, serta Astrum Unit yang disertai pemburu veteran Olivia, yang boleh membantu pemain sebagai Support Hunter bersama Palico-nya, Athos, ahli biologi Erik, dan jurutera Werner.

Dunia yang Hidup dan Berubah

Kredit: Capcom

Trailer ini juga menunjukkan perubahan alam sekitar di Scarlet Forest ketika melalui fasa Fallow, Inclemency, dan Plenty. Setiap fasa memberikan pemandangan dan ekosistem yang berbeza, dengan raksasa dan hidupan yang unik untuk setiap fasa.

Kredit: Capcom

Semasa Fallow, Hutan Scarlet dihiasi oleh sungai berwarna merah yang mengalir melalui tumbuh-tumbuhan tebal. Apabila Inclemency, hujan yang lebat mengurangkan visibiliti secara drastik dan membawa kepada paras air yang melonjak dan arus yang deras.

Kredit: Capcom

Selepas ribut habis, fasa Plenty memberi ekosistem berwarna-warni yang penuh dengan raksasa, tumbuhan, dan sungai cantik. Perairan yang jernih ini membolehkan Hunter memancing atau meneroka perairan dan runtuhan yang banyak di rantau ini dengan bantuan Wedge Beetles berdekatan atau Seikret mount.

Kredit: Capcom

Semasa meneroka, Hunter mungkin bertemu dengan puak tempatan Lynians, yang dikenali sebagai Wudwuds, yang telah berjaya menyesuaikan kehidupan dan tempat persembunyian mereka agar sesuai dengan persekitaran yang sentiasa berubah.

Pemangsa Baru Muncul

Kredit: Capcom

Trailer ini memperkenalkan leviathan Uth Duna, yang muncul semasa fasa Inclemency di Scarlet Forest. Merupakan apex predator di Scarlet Forest, Uth Duna melindungi dirinya dengan lapisan air yang disebabkan oleh sekresi dari tubuhnya.

Kredit: Capcom

Selain itu, Brute Wyvern baru bernama Quematrice, juga diperkenalkan. Mendiami Windward Plains, ia boleh menyembur bahan mudah terbakar yang menghasilkan api apabila bergesel dengan ekornya di tanah.

Pre-Order

Kredit: Capcom

Bakal dilancarkan pada 28 Februari 2025, pemain akan mempunyai pilihan untuk pre-order Monster Hunter Wilds edisi Standard, edisi Deluxe, dan edisi Premium Deluxe di platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (Steam).

Edisi Deluxe menampilkan game asas dan Deluxe Pack, yang mengandungi pelbagai kandungan kosmetik seperti Hunter Layered Armor dan set pelekat. Edisi Premium Deluxe termasuk game asas, Deluxe Pack, Premium Bonus semasa pelancaran, serta dua Cosmetic Downloadable Content Pack yang dijadualkan untuk keluar pada musim bunga dan musim panas 2025.

Setiap pre-order akan menerima bonus Guild Knight Set dan Hope Charm Talisman, manakala pre-order melalui PlayStation Store juga termasuk Digital Mini Art Book.

Pre-order di SINI!

Tags: Monster Hunter Wilds
ShareTweetSend
Previous Post

Sonic Central 2024: Semua Berita Besar Yang Diumumkan!

Next Post

Ghost of Yotei Diumumkan! Sekuel Kepada Ghost of Tsushima, Akan Datang 2025

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Ghost of Yotei Diumumkan! Sekuel Kepada Ghost of Tsushima, Akan Datang 2025

Ghost of Yotei Diumumkan! Sekuel Kepada Ghost of Tsushima, Akan Datang 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd