Hari kedua di Anime Festival Asia 2022, dan kami berpeluang untuk mengunjung preview bagi anime Arknights: Prelude to Dawn!
Merupakan adaptasi anime untuk mobile RPG/defense tower Arknights, projek ini dihasilkan oleh Yostar Pictures dan mempunyai 8 episod secara total. Di AFA 2022, kami sempat menonton preview untuk dua episod pertama dan menghadiri sesi Q&A bersama Tomoyo Kurosawa (pelakon suara), Yuki Watanabe (pengarah), dan Misaki Nishikawa (penolong pengarah).
Berikut adalah pengalaman kami:
Sinopsis
Di Terra, bencana alam yang tidak diketahui telah berlaku di banyak kawasan. Oleh itu, majoriti orang, demi melarikan diri dari bencana alam tersebut, tinggal di bandar mudah alih yang dibangunkan selama selepas bertahun-tahun kajian.
Originium yang ditinggalkan di tapak bencana tersebut, telah membawa kepada kemajuan tamadun kerana tenaga mereka yang besar. Tetapi ia juga membawa sesuatu yang tidak diduga – penyakit yang tidak dapat diubati bernama Oripathy.
Kerana mayat yang menghidap Oripathy secara beransur-ansur menjadi kristal dan menjadi sumber jangkitan baharu pada masa kematian, para “Infected” sering dianiaya di bawah rejimen jahat dan dipaksa menjadi buruh kasar.
Mereka yang ditindas oleh kerajaan mula memberontak. Rhodes Island, sebuah syarikat farmaseutikal yang menyelidik penawar untuk Oripathy, mengangkat senjata mereka dan memulakan penaklukan untuk cuba menyelamatkan semua orang daripada penyakit itu.
Itu sahaja untuk sinopsis. Secara sekilas pandang, produksi anime nampak cukup bagus. Reka bentuk watak memang solid dan jelas anime pun turut “mengiklankan” watak-watak untuk gacha. Secara keseluruhan , saya suka plotnya yang suram dan serius.
Soal produksi animasi, lagu opening dan lagu ending pun sangat bagus dan sesuai dengan nada cerita yang gelap. Mereka juga menambahkan elemen gameplay strategi ke dalam adegan lawan di mana puak/organisasi berbeza bersaing sesama sendiri untuk menentukan siapa lebih berkuasa.
Rakaman temu bual bersama Tomoyo Kurosawa
Tomoyo Kurosawa merupakan pelakon suara untuk watak utama Amiya, si “bunny girl” dan ketua Pulau Rhodes. Semasa mula mencari identiti yang sesuai untuk watak ini, Kurosawa berkata dia mula ada rasa sayang terhadap watak semasa jalan cerita semakin berkembang.
“Sekilas pandang, anda tahu dia boleh dipercayai. Dia seorang gadis yang comel tetapi sering kata topik-topik yang sukar difahami. Saya terpaksa bercakap topik-topik gelap ini tetapi dalam nada comel”
Selain itu, Kurosawa juga amat teruja untuk melihat Ace (watak sampingan) dalam anime kerana dia adalah salah seorang watak kegemarannya dalam game. Malah, Kurosawa juga mengaku pelakon suara Ace sangat hebat.
Sebelum menamatkan temu bual, berikut adalah mesej terakhir:
“Terima kasih banyak-banyak kerana menyokong AK (Arknights). Berkat sokongan anda, AK telah diadaptasi menjadi anime.”
Sesi Q&A bersama Yuki Watanabe (pengarah anime), dan Misaki Nishikawa (penolong pengarah)
Fokus utama temu bual adalah untuk membincangkan betapa mencabarnya untuk mengadaptasikan sebuah game mobile menjadi anime.
Daripada awal lagi, Watanabe anggap anime Arknights: Prelude to Dawn sebagai projek yang sukar. Game mobile boleh menjadi satu cabaran untuk diadaptasikan tetapi itu tidak menghalangnya untuk memulakan produksi. Dari segi cerita, kisahnya sangat mendalam manakala adegan dan skrip menjadi cabaran sebenar kerana isinya yang sangat padat.
“Anime itu mesti menonjol secara sendiri sebagai satu siri.”
Kemudian mereka menjelas tentang protagonis The Doctor, yang sentiasa senyap di dalam game. Bagaimana si Doctor akan berkelakuan juga menambah cabaran kepada produksi memandangkan dia adalah “silent protagonist” dan itu merupakan antara perkara pertama yang mereka harus selesaikan dalam projek.
Yang penting, mereka harus memastikan Doctor versi anime tidak janggal berbanding Doctor versi game. Mereka harus menjadikan watak itu “mampu berfikir sendiri” supaya watak lain boleh berinteraksi bersamanya dengan betul, maka si Doctor memerlukan personaliti.
Antara pilihannya adalah untuk membuang apa yang tidak perlu atau mengembangkan personalitinya. Di penghujung hari, watak si Doctor diberi personaliti yang dianggap sesuai untuk anime.
“Kami membuat anime dengan andaian penonton belum bermain game, jadi kami menyertakan elemen yang boleh dinikmati oleh pemain dan pendatang baru.“
Pada masa yang sama, suasana game AK sangat gelap dan suram dan mereka mahu sinematografi agar sesuai dalam cara yang menepati versi original sambil meninggalkan impak pada hati penonton.
“Penonton sepatutnya melihat watak-watak berusaha melakukan yang terbaik dalam dunia yang kejam”. – itulah matlamatnya.
Berikut adalah mesej daripada pihak produksi anime Arknights: Prelude to Dawn!
“Pastu ada ramai peminat AK lama dalam penonton sekarang. Sila nantikan bagaimana ceritanya akan berkembang bermula sekarang!”
Jika berminat, anda boleh dapatkan butiran lanjut di SINI.
- Anime Festival Asia Singapore 2022 (AFA 2022)
- Tarikh: 25 – 27 November 2022
- Lokasi:on: Suntec Singapore Convention and Exhibition Centre (Levels 3 & 4)
- Masa Pameran: 10 pagi ~ 8 malam
@gamersantaimy
Discussion about this post