Setelah lama menyepi, Ubisoft telah pun mendedahkan maklumat lanjut mengenai sesi ujian beta tertutup untuk game baharu mereka, Skull and Bones! Seperti yang diumumkan Jun lalu, sesi beta tertutup untuk Skull and Bones akan bermula pada 25 Ogos sehingga 28 Ogos ini! Anda boleh lihat dahulu trailer rasmi untuk beta game di bawah.
Info Penuh Sesi Beta Skull and Bones
Waktu Preload & Sesi
Untuk pengetahuan anda, sesi beta tertutup untuk Skull and Bones tersedia secara global termasuklah Malaysia! Sesi beta untuk Asia bermula pada 25 Ogos jam 10 pagi dan akan berakhir pada 28 Ogos jam 3 petang. Pre-load akan tersedia pada 22 Ogos jam 6 petang Malaysia.

Spec PC
Minimum | Disyorkan | 2K | 4K | |
OS | Windows 10 | Windows 10/11 | Windows 10/11 | Windows 10/11 |
Processor | Intel Core i7-4790, AMD Ryzen 5 1600 | Intel Core i7-8700K, AMD Ryzen 5 3600 | Intel Core i7-9700K, AMD Ryzen 5 5600X | Intel Core i5-11600K, AMD Ryzen 5 5600X |
RAM | 8 GB (dual-channel mode) | 8 GB (dual-channel mode) | 16 GB (dual-channel mode) | 16 GB (dual-channel mode) |
GPU | NVIDIA GeForce GTX 1060 (6 GB), AMD Radeon RX 570 (8 GB) | NVIDIA RTX 2070 (8 GB), AMD Radeon RX 5700 XT (8 GB) | NVIDIA GeForce RTX 3070 (8 GB) or AMD Radeon RX 6800 (16 GB) | NVIDIA GeForce RTX 3080 (10 GB) or AMD Radeon RX 6800 XT (16 GB) |
Storan | 65 GB available storage (SSD disyorkan) | 65 GB available storage (SSD disyorkan) | 65 GB available storage (SSD diperlukan) | 65 GB available storage (SSD diperlukan) |
Kandungan Beta
Dalam sesi beta ini, anda akan meneroka Red Isle dan pantai Afrika. Markas lanun Sainte Anne terletak di Red Isle. Diketuai oleh John Scurlock, anda akan menghadapinya sambil anda mula ke bina identiti anda dalam dunia lanun. Markas inilah zon selamat yang membolehkan anda untuk berinteraksi dengan pemain lain, membuat kapal, senjata dan peralatan dengan bantuan tukang mahir. Anda juga akan dapat mengakses gudang untuk menyimpan barang rampasan anda, membaiki kapal, menjual komoditi yang anda dapat daripada pedagang kaya dan banyak lagi.

Pelbagai puak berbeza akan anda temui sambil meneroka pantai Afrika dalam game. Anda boleh berkawan mahupun menjadi musuh kepada mereka dalam combat. Jangan lupa untuk kembangkan infamy serta kekayaan anda malah mencari kawasan tersembunyi untuk anda menyimpan peluru atau berinteraksi dengan vendor untuk memenuhi kontrak atau membeli barangan rare.
Pastikan anda merancang haluan anda dengan bijak, atau anda akan menghadapi pemberontakan daripada krew anda jika anda cuba keluar dari batasan.

Kontrak Campaign Utama dan Infamy Tier
Dalam pengembaraan ini, cara paling mudah untuk mula bermain Skull and Bones adalah melalui main campaign contract. Kontrak ini akan menjadi panduan anda untuk membina reputasi dan meneroka lebih lanjut tentang dunia.
Untuk Beta Tertutup ini, anda dapat main serta alami main campaign contract sehingga kontrak Exterminate the Rat.

Sebagai tambahan, anda dapat naik sehingga Buccaneer Infamy Tier dengan melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang tersedia, termasuklah campaign utama. Selepas mencapai Buccaneer, anda boleh mendapat kapal baharu serta peralatan hebat melalui Mailbox game!
Setelah itu, anda masih boleh mencari harta lain untuk dirampas serta menyelesaikan aktiviti-aktiviti tambahan. Gunakan sepenuhnya Logbook dan Journal dalam Map untuk jejaki aktiviti tersebut.
Ganjaran CBT
Kalau anda sertai ujian beta tertutup ini, anda bakal mendapat satu set ganjaran unik dalam game apabila ia dilancarkan secara rasmi! Berikut adalah ganjaran yang tersedia:
- Firework: Skull and Bones
- Ship Vanity: Pioneer Set
- Emote: Spoken For

Jadi apa tunggu lagi? Cepat-cepat daftarkan diri anda untuk sertai ujian beta tertutup Skull and Bones sekarang! Klik sahaja pautan ini untuk daftarkan diri.
Skull and Bones akan keluar untuk PlayStation 5, Xbox Series, PC melalui Epic Games Store dan Ubisoft Store pada sekitar 31 Mac 2024. Baca segala berita kami tentang game ini termasuk info gameplay penuh, jalan cerita dan lain-lain di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post