Buat peminat anime sukan, hari ini mendapat maklumat baru tentang filem pertama siri Blue Lock! Bertajuk Blue Lock -Episode Nagi-, laman web rasmi untuk filem telah mengesahkan bahawa mereka akan menayangkan “Episode Nagi” pada musim bunga 2024 (sekitar Mac hingga Jun 2024).
Sempena itu, mereka telah mengeluarkan video trailer dan poster khas yang anda boleh melihat di bawah:
Bagi mereka yang kurang tahu, Blue Lock -Episode Nagi- adalah berdasarkan manga spin-off dan memfokuskan kepada Nagi Seishiro, sebelum dia memasuki fasiliti Blue Lock yang kejam. Spin-off ini ditulis oleh Muneyuki Kaneshiro dan diilustrasikan oleh Kota Sannomiya. Setakat ini, ia dikumpulkan dalam dua jilid dan masih berterusan sehingga sekarang.
Sinopsis
Seperti saya kata tadi, filem ini akan menceritakan kehidupan awal Nagi Seishiro, seorang pelajar tahun kedua sekolah menengah yang tidak mempunyai apa-apa azam atau matlamat sehinggalah dia bertemu Mikage Reo, rakan sekelasnya yang berjaya mengesan bakat Nagi yang luar biasa dalam bola sepak.
Disebabkan oleh bakatnya, Nagi dijemput ke projek Blue Lock, di mana dia bertemu ramai lagi Striker hebat dari seluruh negara, termasuk Reo. Filem ini menggambarkan perjalanan hidup Nagi, yang penuh dengan cabaran sambil mengejar impiannya sebagai penyerang genius.

Selain tarikh keluaran, laman web rasmi turut mendedahkan info tambahan tentang produksi dan barisan pelakon suara.
Filem ini menampilkan semula barisan pelakon dan kakitangan yang sama. Shunsuke Ishikawa (P+penolong pengarah bagi anime) akan mengarahkan filem itu manakala animasi akan diuruskan oleh studio 8-Bit. Taku Kishimoto pula akan menyelia dan menulis skrip, bersama bantuan oleh Muneyuki Kaneshiro (pencipta manga). Yusuke Nomura dikreditkan sebagai pereka watak dan Jun Murayama akan menghasilkan muzik.
Filem Blue Lock -Episode Nagi- akan dibintangi oleh:
- Nobunaga Shimazaki sebagai Nagi Seishiro
- Yuma Uchida sebagai Mikage Reo
- Kazuyuki Okitsu sebagai Tsurugi Zantetsu
- Kazuki Ura sebagai Isagi Yoichi
- Tasuku Kaito sebagai Bachira Meguru
- Yuki Ono sebagai Kunigami Rensuke
- Soma Saito sebagai Chigiri Hyoma
- Kouki Uchiyama sebagai Itoshi Rin
- Hiroshi Kamiya sebagai Ego Jinpachi

Untuk membaca segala liputan kami tentang siri Blue Lock, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post