Gearbox Publishing dan pemaju Counterplay Games telah mengeluarkan trailer baru tentang sistem pertempuran Godfall pada hujung minggu lalu. Trailer yang berdurasi selama dua minit itu sepenuhnya terdiri daripada rakaman dalam permainan dengan beberapa bahagian muncul diambil daripada cutscene atau animasi pendek, dan bagi pendapat saya, ia memang sangat cantik.
Trailer baru ini ditunjukkan semasa pameran PAX Online, dan walaupun ringkas, ia mungkin penampilan yang paling menarik untuk permainan video tersebut. Walaupun Godfall ialah permainan video PlayStation 5 yang paling kita tahu setakat ini, ia tidak mendapat sambutan hangat sehingga video terbaru di atas. Jika ini adalah satu petunjuk, pasukan mungkin akan mempamerkan lebih banyak perkara yang hebat tentang permainan pada masa akan datang.
“Kami berinovasi dengan Godfall untuk memberikan nafas baru di aksi RPG dengan memberi ganjaran kepada permainan ofensif berasaskan kemahiran dan mengutamakan setiap serangan. Kami ingin memberi yang terbaik untuk binaan watak, jadi kami merancang untuk menyediakan banyak loot kepada pemain untuk memastikan ada kesan yang bermakna kepada permainan dan gaya permainan.” -Keith Lee, Pengarah Kreatif Godfall dan CEO Counterplay Games.
Berikut adalah penerangan rasmi Godfall:
“Aperion berada di ambang kehancuran. Kamu adalah yang terakhir daripada kesatria Valorian, pejuang ala-ala dewa yang mampu melengkapkan Valorplates, perisai legenda yang mengubah pengguna kepada pakar pertempuran jarak dekat. Musnahkan musuh ketika kamu mendaki alam elemen dan cabar dewa Makro yang menanti di puncak. Bangkit lah di Godfall.”
Godfall akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan PC melalui Epic Games Store akhir tahun ini dan sepatutnya dilancarkan bersama PlayStation 5 jika tiada masalah berlaku. Anda boleh melihat semua liputan Godfall kami yang lama di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post