Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Kingdom Netflix mendapat adaptasi game untuk PC, iOS dan Android!

Maira by Maira
July 12, 2022
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, Multiplayer, PC, RPG, Single Player
0 0
0
Siri Kingdom Netflix mendapat adaptasi game untuk PC, iOS dan Android!
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti antara anda pernah dengar siri Kingdom di Netflix, sebuah siri Korea yang popular memaparkan zombi. Kalau anda ingin tahu, Netflix baru sahaja mengumumkan bahawa siri tersebut akan mendapat adaptasi game yang dibangunkan oleh Action Square. Game tersebut bertajuk Kingdom: The Blood dan akan tersedia di platform PC, iOS dan Android. Buat masa ini tiada tarikh rasmi diumumkan.

Kingdom: The Blood merupakan sebuah game single dan multiplayer action RPG. Berdasarkan siri Netflix kegemaran ramai, watak dan zombi dalam Kingdom: The Blood akan dihasilkan semula dalam grafik 3D berkualiti tinggi. Budaya Korea juga akan diberikan perhatian dalam game dan estetikanya. Motion Capture akan dirakam menggunakan pemain pedang Korea professional untuk menangkap gaya pertempuran Korea yang sempurna.

Bukan setakat itu sahaja, pemain juga boleh menghasilkan watak sendiri dengan personaliti serta penyesuaian yang tersedia dalam game. Tidak lengkaplah watak jika tiada pakaian yang serupa dalam siri. Pilihan pakaian yang pelbagai termasuk Hanbok akan membawa anda ke Korea abad ke-16. Pemandangan indah istana Korea serta bandar Hanyang yang dipenuhi zombo juga akan pemain lihat dalam Kingdom: The Blood.

Terdapat story mode tersedia dalam game ini dan ia akan mengikuti penceritaan drama Netflix tersebut. Game mode lain seperti Conquest Mode, yang merupakan pertempuran lima minit yang pelbagai, ditambah pula dengan pertarungan epik bos yang epik dan pertarungan sengit antara pemain. Memang pemain akan menikmati pengalaman Kingdom yang terbaik dalam game ini.

Kingdom: The Blood akan dilancarkan di seluruh dunia untuk pemain global pada peranti mobile dan PC. Anda boleh menonton trailer gameplay-nya di bawah.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Acton SquareKingdom: The Bloodnetflix
Previous Post

One-Punch Man: Saitama vs Garou sampai bulan hancur, pencipta bagi teaser “penamat manga”

Next Post

Shroud kembali ke dunia esport sebagai pemain pro Valorant pasukan Sentinels

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Shroud kembali ke dunia esport sebagai pemain pro Valorant pasukan Sentinels

Shroud kembali ke dunia esport sebagai pemain pro Valorant pasukan Sentinels

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd