Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Isekai Quartet bakal mengeluarkan filem anime pada tahun 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Siri Isekai Quartet bakal mengeluarkan filem anime pada tahun 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah sekuel didedahkan pada episod terakhir di Isekai Quartet musim ke-2 di mana ramai menjangkakan ia adalah sekuel musim ke-3. Rupanya berbeza kerana laman web rasmi untuk anime Isekai Quartet mengumumkan bahawa siri ini akan mendapat filem anime pada tahun 2022. Bersama pengumuman ini, laman web telah melancarkan video promosi dan mengumumkan kakitangan, serta visual untuk filem Gekijо̄ban Isekai Quartet ~Another World~.

Filem anime Isekai Quartet ini menampilkan pelakon suara dan kakitangan dari dua musim pertama anime. Minoru Ashina (Kaiju Girls, Pure Pure Purea Desu Overlord) akan menulis skrip dan mengarahkan anime. Minoru Takehara akan berfungsi sebagai pereka watak dan ketua pengarah animasi. Studio Puyukai (Kaiju Girls, Lord Marksman and Vanadis, Pure Pure Purea Desu Overlord) akan bertanggungjawab untuk bahagian animasi.

Bagi mereka yang tidak tahu, anime ini adalah siri crossover antara francais Re: Zero, Overlord, KONOSUBA, dan Saga of Tanya the Evil. Isekai Quartet 2 juga menampilkan watak dari francais The Rising of The Shield Hero. Berikut adalah sinopsis pendek supaya anda semua faham:

“Pada suatu hari, sebuah butang aneh tiba-tiba muncul. Protagonis dari KonoSuba, Overlord, Re: Zero – Starting Life in Another World, dan Saga of Tanya the Evil semua menekan butang tanpa menghiraukan apa-apa, dan tanpa sengaja “di-isekai” ke dunia alternatif – di mana kisah baru yang memaparkan kehidupan sekolah menengah mereka bermula. Tidak lama kemudian, mereka disertai oleh protagonis The Rising of the Shield Hero dan Cautious Hero: The Hero Is Overpowered but Overly Cautious.”

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Sumber: Laman web Isekai Quartet, Comic Natalie

Tags: animasianimeISEKAIIsekai Quartetmovie
Previous Post

Nacon, Teyon dan MGM akan melancarkan game Robocop baru pada 2023 untuk konsol dan PC!

Next Post

Pengembangan Watch Dogs: Legion – BLOODLINE kini tersedia di semua platform!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Pengembangan Watch Dogs: Legion – BLOODLINE kini tersedia di semua platform!

Pengembangan Watch Dogs: Legion – BLOODLINE kini tersedia di semua platform!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd