Hari ini, penerbit permainan video Nacon dan syarikat hiburan terkemuka Metro Goldwyn Mayer (MGM) mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian untuk melancarkan game RoboCop terbaru berdasarkan tiga filem pertamanya. Game ini akan menampilkan kisah RoboCop baru yang sedang dibangunkan oleh studio Teyon, iaitu pasukan disebalik kejayaan Terminator: Resistance. RoboCop baru ini dirancangkan pelancarannya pada tahun 2023 untuk platform konsol dan PC.
RoboCop merupakan kisah sci-fi-action klasik dan salah satu francais filem paling ikonik Hollywood sepanjang masa. Kisah ini telah ditayangkan pertama kali pada tahun 1987, dan ianya kemudian terus menjadi fenomena untuk penonton di seluruh dunia sehingga hari ini. Bagi meraikan ulang tahun ke-35 RoboCop nanti, ia telah mengatasi budaya pop dengan produk pengguna dan program perlesenan yang mantap serta menaikkan legasi di ruang gaming.
Tambahan pula, Nacon dan Teyon akan bekerjasama dengan MGM untuk membangunkan game RoboCop dengan pengalaman permainan yang asli, dan setia dengan DNA francais. Malah game ini dijanjikan pada pemain untuk memberi mereka menjadi seperti RoboCop semasa bermain nanti. Dalam filem asalnya, Alex Murphy merupakan anggota polis mengalami cedera parah semasa melawan penjahat, dan doktor inovatif telah mencantumkan Alex sebagai cyborg yang dikenali sebagai RoboCop untuk menentang jenayah.
Ketua Pegawai Eksekutif Nacon, iaitu Alain Falc menyatakan mereka sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan MGM bagi menawarkan visi baru untuk RoboCop selepas lebih dari 30 tahun. Beliau juga ingin menawarkan pengalaman gameplay berbeza yang lebih hebat kepada para pemain.
Di samping itu, Naib Presiden Eksekutif Produk dan Pengalaman Pengguna Global MGM, iaitu Robert Marick menyatakan beliau sangat berharap mereka dapat membawa salah satu IP MGM paling hebat ini ke platform game dengan jenama cerita baru. Filem ini terkenal dengan aksi menarik dan disertakan jalan cerita yang kompleks. Jadi Marick sangat gembira jika peminat RoboCop boleh merasai pengalaman pertama dalam game ini.
Buat masa ini, RoboCop: Rogue City masih lagi dalam peringkat awal pembangunan, dan mereka hanya mengumumkan game ini akan tiba pada tahun 2023 nanti. Jadi kita akan melihat lebih banyak berita perkembangan RoboCop sepanjang tahun 2022.
Sumber: PCGamer
@gamersantaimy
Discussion about this post