Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri adaptasi Manhwa “Sweet Home” akan kembali dengan 2 musim baru di Netflix!

Maira by Maira
June 16, 2022
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Siri adaptasi Manhwa “Sweet Home” akan kembali dengan 2 musim baru di Netflix!
Share on FacebookShare on Twitter

Sweet Home, siri drama korea yang ditayangkan pada tahun lepas nampaknya akan kembali semula menemui penonton. Melalui Twitter Netflix Korea, Sweet Home akan mendapat dua musim terbaru. Teaser pengumuman juga telah dilepaskan di saluran Youtube Netflix. Anda boleh menontonnya di bawaah.

Melihat daripada teaser yang dilepaskan, penonton boleh nantikan pelbagai aksi serta banyak makhluk yang lebih seram dalam musim terbaru. Bukan itu sahaja, pelakon musim 1 juga kembali untuk penggambaran musim 2 dan 3 siri. Sudah tentu watak baru juga akan diperkenalkan seperti kapten pasukan khas (Yoo Oh Sung) dan seorang saintis makmal (Oh Jung Se). Pelakon-pelakon juga ada memuat naik gambar mereka memakai t-shirt dengan tajuk drama.

Trailer rasmi Sweet Home mungkin didedahkan hujung tahun nanti. Apapun kita tunggu sahaja pengumuman lanjut daripada Netflix.

Sumber: Twitter

Kepada anda yang tidak mengenali siri Sweet Home, ia merupakan manhwa yang dihasilkan oleh Young-Chan Hwang dan Carnby Kim dan diterbitkan di Webtoon. Manhwa ini sudah pun tamat dengan 141 bab kesemuanya. Kalau anda ingin membacanya, bolehlah pergi ke halaman Webtoon atau aplikasi untuk membacanya. Berikut adalah sinopsis Sweet Home:

Cha Hyun adalah pelajar sekolah menengah yang menghabiskan masa dengan bersembunyi di biliknya bermain permainan video. Tetapi ketika dia kehilangan seluruh keluarganya dalam kemalangan kereta yang tragis, dia terpaksa meninggalkan rumah serta berpindah ke sebuah apartment bersendirian. Namun, jiran-jirannya yang jahat dan selalu kekurangan wang menjadi punca kepada kerisauannya apabila mereka mula menjadi raksasa, serta menyebabkan kekacauan apokaliptik.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila Hyun menyedari bahawa dia juga mula berubah menjadi raksasa, sementara suara misteri dalam kepalanya semakin kuat. Dengan masa yang suntuk, Hyun perlu bekerjasama dengan penyewa lain untuk mencari punca wabak itu dan mencari cara untuk bertahan dalam dunia baru yang tiada harapan, sambil memperjuangkan nasib manusia lain.

Kalau anda ingin menonton siri Sweet Home, boleh pergi ke halaman Netflix. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri Netflix daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: netflixSweet Home
Previous Post

Game paling mahal di Steam! League Manager 2022 bernilai RM15,625.60 walaupun diskaun 20%

Next Post

Apex Legends Mobile Season 1 ‘Cold Snap’ update sudah bermula, watak Loba ditambah

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Apex Legends Mobile Season 1 ‘Cold Snap’ update sudah bermula, watak Loba ditambah

Apex Legends Mobile Season 1 'Cold Snap' update sudah bermula, watak Loba ditambah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd