Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game paling mahal di Steam! League Manager 2022 bernilai RM15,625.60 walaupun diskaun 20%

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 16, 2022
in Artikel, Berita, PC, Simulator, Steam
0 0
0
Game paling mahal di Steam! League Manager 2022 bernilai RM15,625.60 walaupun diskaun 20%
Share on FacebookShare on Twitter

Boleh dikatakan sebagai antara platform terbaik untuk membeli game pada harga yang murah, Steam sering mengadakan promosi dan jualan diskaun bagi pelbagai game. Baru-baru ini, sebuah game bernama League Manager 2022 mempunyai promosi istimewa selama seminggu di Steam di mana ia menerima diskaun 20%. Walaupun ada diskaun, saya rasa tiada siapa yang ingin membelinya, kerana harga League Manager 2022 adalah sebanyak RM15 ,625.60 di Steam!

Secara lebih khusus lagi, League Manage 2022 adalah game simulator pengurus pasukan esport yang pada masa ini dinilai dengan sangat positif (76%) di Steam. Walaupun nampak menarik, untuk menjual game ini pada harga beribu-ribu walaupun diskaun memang tidak masuk akal sama sekali.

Selepas menyiasat, saya mendapati bahawa harga game itu hanya mahal di Malaysia dan Norway sahaja manakala harganya di Amerika Syarikat dan Singapura amat berpatutan pada $19.99 dan S$24.80 masing-masing. Walaupun harga game itu di Norway tidak setinggi di Malaysia, ia masih akan menelan kos kira-kira RM844 untuk membelinya jika ditukar kepada mata wang Ringgit Malaysia.

Jika dilihat dari carta harga di atas, memang terbukti bahawa ini adalah kesilapan peletakan harga oleh studio game, AG SOFT penerbit dan juga pembangun. Selepas melihat dengan lagi teliti di SteamDB, saya mendapati bahawa kesilapan harga ini telah berlaku seawal 14 Mei. Ini bermaksud sudah lebih daripada sebulan sejak kesilapan ini berlaku, dan AG SOFT masih belum membetulkan isu ini.

Bagi sesiapa yang tertanya tentang League Manager 2022, berikut adalah rumusan menurut Steam:

Jom jadi pengurus kelab e-sukan! Pilih pasukan kegemaran anda dan rekrut pemain kegemaran anda. Latih mereka dan pilih taktik yang sesuai dengan personaliti ahli pasukan dan lawan. Pastikan pasukan kegemaran anda menang dan jadikan ia kelab paling berprestij.

Andai kata korang berminat untuk cuba game ini, memang tiada cara lain untuk bermain selain daripada membelinya di Steam. Jangan pula korang tiba-tiba melabur RM15 ,625.60, menyesal nanti sebab ini hanyalah kesilapan teknikal.

Untuk segala liputan kami tentang game di Steam, sila tekan pautan ini.

Sumber – Wanuxi, SteamDB

Tags: League Manager 2022PCsteam
Previous Post

[Khabar angin] Crisis Core: Final Fantasy 7 Remake akan keluar untuk PS5, Xbox, Switch dan PC

Next Post

Siri adaptasi Manhwa “Sweet Home” akan kembali dengan 2 musim baru di Netflix!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Siri adaptasi Manhwa “Sweet Home” akan kembali dengan 2 musim baru di Netflix!

Siri adaptasi Manhwa "Sweet Home" akan kembali dengan 2 musim baru di Netflix!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd