Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apex Legends Mobile Season 1 ‘Cold Snap’ update sudah bermula, watak Loba ditambah

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 16, 2022
in Artikel, Battle Royale, Berita, Mobile
0 0
0
Apex Legends Mobile Season 1 ‘Cold Snap’ update sudah bermula, watak Loba ditambah
Share on FacebookShare on Twitter

EA dan Respawn Entertainment mengumumkan bahawa update ‘Season 1 Cold Snap’ untuk Apex Legends Mobile sudah pun dilancarkan untuk semua pemain. Tidak sampai sebulan selepas pelancaran, Apex Legends Mobile telah mencapai 23 juta pemain di seluruh dunia dan kini menyediakan update Cold Snap supaya pemain boleh terus menikmati permainan.

Selain membawa pelbagai ciri tambahan penting seperti Battle Pass serba baru, update Season 1 juga menambah salah satu Legend paling popular daripada game, iaitu Loba. Berikut adalah trailer rasmi:

Bersama dengan pengenalan Loba, update Apex Legends Mobile Season 1 Cold Snap juga akan menampilkan mekanik Climatizer. Terletak betul-betul di atas Train Yard di World’s Edge, alat ini mempunyai keupayaan untuk mengubah iklim dalam kawasan tertentu.

Climatizer akan mati dan hidup semasa perlawanan dan berfungsi untuk meliputi sebahagian daripada peta dengan salji serta menawarkan beberapa ganjaran menarik. Apabila Climatizer dihidupkan, pemain boleh melihat peta mini untuk mencari loot box/musuh yang mati bagi mengumpul diamond. Diamond ini kemudian digunakan untuk membeli barang-barang rare di Seasonal Shop.

Pemain boleh mengakses Loba di Battle Pass level 25 atau membukanya di in-game shop pada bila-bila masa. Satu lagi perkara penting yang korang patut tahu adalah ciri ‘Legend Progression’ akan membawa faedah baru kepada Loba, termasuk abiliti untuk merebut banner pemain lain.

Akhir sekali, update Cold Snap akan sertakan Battle Pass serba baru. Battle Pass ini didatangkan dalam dua versi iaitu Premium dan Premium Plus, dengan pelbagai bonus untuk pemain termasuk:

  • Battle Pass Premium:
    • 1x Eternal Legend Skin (Octane – Ice Climber)
    • 2x Legendary Legend Skin (Bangalore – Winter Ghillie, Bloodhound – Snow Prints)
    • 2x Legendary Weapon Skin (EVA-8 Auto shotgun, Devotion LMG)
    • Pelbagai item ganjaran (Banner, Emote, Syndicate Pack, dll)
    • 800 Syndicate Gold
  • Battle Pass Premium Plus:
    • Semua kandungan dari Battle Pass Premium
    • 80% Bonus BP experience gain
    • 500000 BP experience (10 BP level)
    • Limited Avatar Frame

Untuk maklumat lanjut tentang Apex Legends Mobile, korang boleh layari laman web rasmi di sini.

Muat turun di sini
Apex Legends
Developer: Respawn Entertainment
Release Date: 2019-02-04
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Apex Legends adalah permainan Battle Royale bebas yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Ia dikeluarkan untuk Microsoft Windows, PlayStation 4 dan Xbox One pada 4 Februari 2019 tanpa sebarang pengumuman atau pemasaran sebelumnya.
Tags: Apex Legends mobileCold SnapMobile
Previous Post

Siri adaptasi Manhwa “Sweet Home” akan kembali dengan 2 musim baru di Netflix!

Next Post

Intel masuk pasaran GPU, menampilkan kad grafik Arc A380 untuk gamer bajet

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform
Berita

Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform

June 6, 2026
animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Next Post
Intel masuk pasaran GPU, menampilkan kad grafik Arc A380 untuk gamer bajet

Intel masuk pasaran GPU, menampilkan kad grafik Arc A380 untuk gamer bajet

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd