Buat masa kini CD Projekt Red, belum pernah lagi menghampakan peminatnya. Kita boleh lihat kembali kepada The Witcher 3 yang mempunyai Sidequest yang menarik dan menjadikan game tersebut kaya dengan banyak penceritaan yang membuatkan pemain teruja dan rasa macam tak boleh nak berhenti bermain. Itu apa yang aku rasa semasa bermain The Witcher 3.
Miles Tost merupakan CD Projekt Red Level Designer mengatakan yang Sidequest di dalam Cyberpunk 2077 ‘less self-contained’ dan ianya mungkin boleh menjejaskan jalan cerita yang kritikal.
“Sidequest merupakan satu peluang yang terbaik buat kami untuk menceritakan tentang dunia Cyberpunk kami. Walaupun ianya bukan questline utama, ianya masih lagi berhubung dengan dunia Cyberpunk dan dihuraikan sedikit sebanyak. Sebagai contoh karekter. Jadi, semuanya bercabang dan Sidequest kami mampu menjejaskan main story dalam Cyberpunk 2077“
Buat masa ni, belum lagi ada apa-apa berita tentang pelancaran Cyberpunk 2077. Kalau tak silap aku, ada satu tweet yang memberikan hint, bahawa Cyberpunk 2077 ni akan dilancarkan pada tahun 2019 tetapi, tweet tersebut telahpun dibuang. Apa yang kita boleh buat, hanyalah tunggu dan juga lihat.
@gamersantaimy
Discussion about this post