Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siapakah ibu Metal Lee? – Teori tentang anak & isteri Rock Lee

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 20, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Siapakah ibu Metal Lee? – Teori tentang anak & isteri Rock Lee
Share on FacebookShare on Twitter

Sehingga hari ini, tiada siapa yang tahu tentang identiti sebenar ibu Metal Lee, salah satu watak terkenal dalam siri Boruto. Malah watak misteri seperti Mitsuki pun kita tahu berasal daripada Orochimaru. Satu-satunya info yang disahkan adalah Rock Lee merupakan bapa kepada Metal Lee. Tapi tidak mungkin Metal Lee tiba-tiba lahir gitu je kan? Oleh itu, saya pergi ke internet untuk mencari jawapan dan berikut adalah beberapa teori tentang “siapakah ibu sebenar Metal Lee?

Sebenarnya ada banyak teori berbeza tentang idenititi ibu Metal Lee tetapi yang paling popular ialah Tenten. Disebabkan Tenten ialah satu-satunya wanita dalam skuad lama Rock Lee, jadi ramai percaya mereka mungkin jatuh cinta sesama sendiri selepas kematian Hyuga Neji.

Apa yang saya rasa kelakar tentang teori ini adalah Tenten dan Metal jarang berinteraksi dalam siri Boruto. Jika betul Tenten adalah ibunya, peliknya sebab tiada adegan manis antara “ibu dan anak” memandangkan Tenten masih duduk di dalam kampung. Melainkan jika Tenten adalah seorang ibu yang kejam dan zalim, saya sendiri tidak percaya dia adalah ibu Metal Lee.

Di sini, teori yang paling realistik ialah Metal Lee hanyalah anak angkat Rock Lee dan identiti kedua-dua ibu bapa kandungnya tidak diketahui. Rock Lee mungkin mengambil peranan yang sama seperti Maito Gai dan ingin menjadi tutor atau contoh “ayah”untuk Metal. Walaupun Rock Lee dan Maito Gai kelihatan sangat serupa, mereka berdua tidak ada kaitan dari segi pertalian darah. Walaupun begitu, Gai masih bertindak sebagai contoh “bapa” kepada Rock Lee dan melatihnya dalam ilmu taijutsu. Situasi yang sama mungkin berlaku kepada Rock Lee dan Metal.

Seorang pengguna Reddit turut percaya bahawa identiti ibubapa Metal Lee menjelaskan mengapa dia begitu senang cemas. Bagi mereka yang kurang tahu, Rock Lee adalah ninja yang berkeyakinan dan jarang sekali takut untuk menunjukkan kehebatannya di khalayak ramai, tetapi Metal pula sangat berbeza. Dia mudah takut, gelisah dan panik apabila sedar bahawa orang memandangnya. Mungkin ini adalah sifat yang diwarisi oleh ibu bapa kandungnya dan sebenarnya mengukuhkan lagi teori “anak angkat”.

Walaupun kita semua tidak tahu mengira identiti sebenar si ibu atau sama ada Rock Lee ialah bapa kandung, memang tidak boleh dinafikan bahawa ikatan keluarga antara Rock Lee dan Metal sangat kuat. Rock Lee percaya bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi ninja yang hebat tanpa ninjutsu, dan bersama ajaran ini, kita boleh melihat Metal Lee berkembang sebagai seorang shinobi handal.

Sumber – Wiki

Tags: animeBorutomangaMetal Leenarutorock lee
Previous Post

Demon Slayer: Kenapa Zenitsu selalu tidur semasa bertarung?

Next Post

University of Nottingham Malaysia menggunakan NVIDIA DGX A100 untuk memajukan penyelidikan dan pengajaran AI

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Final Fantasy VII Rebirth (Nintendo Switch 2) – Keajaiban Teknikal Dengan Sedikit Kompromi
Review

Reviu Final Fantasy VII Rebirth (Nintendo Switch 2) – Keajaiban Teknikal Dengan Sedikit Kompromi

[Khabar Angin] Manga Bleach Mungkin Kembali Ke Shonen Jump Untuk ‘Hell Arc’
Anime

[Khabar Angin] Manga Bleach Mungkin Kembali Ke Shonen Jump Untuk ‘Hell Arc’

June 23, 2026
Jom Kenali Olivia Lin – Teman Desktop AI Baru Hasil miHoYo
PC

Jom Kenali Olivia Lin – Teman Desktop AI Baru Hasil miHoYo

June 23, 2026
Next Post
University of Nottingham Malaysia menggunakan NVIDIA DGX A100 untuk memajukan penyelidikan dan pengajaran AI

University of Nottingham Malaysia menggunakan NVIDIA DGX A100 untuk memajukan penyelidikan dan pengajaran AI

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd