Memandangkan tayangan Guardian of the Galaxy Vol 3 semakin hampir, kami ingin membuat sedikit perkongsian tentang Adam Warlock versi komik melalui biodata ringkas. Di dalam filem ini, watak Adam Warlock telah dilakonkan oleh Will Poulter dan ini adalah debut pertamanya.
Jika nak bercerita tentang Adam Warlock dalam versi komik, mungkin panjang kerana dia telah membuat banyak penampilan dan terdapat pelbagai timeline yang perlu dikongsikan. Dicipta oleh Stan Lee dan Jack Kirby, dia telah membuat debut pertama pada tahun 1967 di dalam komik Fantastic Four #66 sebagai Him. Manakala Warlock telah muncul pada tahun 1972 dalam komik Marvel Premiere #1.
Siapakah Adam Warlock?
Pada awalnya Warlock dicipta oleh sekumpulan saintis yang dikenali sebagai Enclave. Matlamat mereka adalah untuk mencipta manusia yang sempurna dan menjadi sebagai evolusi manusia pada masa hadapan. Makhluk yang mereka cipta hanya dikenali sebagai Him dan tanpa menunggu dengan lama, dia sebenarnya dapat merasakan yang penciptanya akan menggunakannya untuk tujuan jahat. Sejurus mengetahui perkara tersebut, dia telah merosakkan beberapa mesin dan mencederakan bapanya. Lalu, dia pun melarikan diri.
Memandangkan dia adalah seorang makhluk yang dicipta tanpa sebarang pengalaman hidup, dia segera berjumpa dengan Thor dan ingin menculik Lady Sif untuk mengawannya. Setelah Thor mengetahui perkara tersebut, dia telah memukul Young Godling sehingga hampir mati. Him pun segera berundur untuk menjaga keselamatan “regenerative cocoon dan kemudian dia dilahirkan semula.
Selepas Him dilahirkan semula, dia telah diberikan nama baharu iaitu Warlock oleh High Evolutionary sekali gus menjadi panduan dalam kehidupannya. Disebabkan High Evolutionary memberikan dia tujuan, arahan dan Soul Gem, dia telah berbakti kepada High Evolutionary dengan mengembara ke planet yang dipanggil Counter-Earth di mana ia merupakan sebuah planet yang dicipta oleh High Evolutionary dan telah tercemar.
Planet ini juga telah menjadi satu tempat untuk mewujudkan masyarakat Utopia sehingga pemberontak kepada High Evolutionary telah mencipta Man-Beast yang sangat jahat sekali gus menjadi musuh terbesar kepada Warlock.
Semasa berada di Counter-Earth, Warlock telah bertemu bersama empat remaja iaitu David Carter, Jason Grey, Eddie Roberts dan Ellie Robberts. Ellie telah memberikan nama Adam kepadanya kerana dia berfikir yang setiap orang memerlukan dua nama bukannya satu, seperti di planet tersebut. Jadi, begitulah dia mendapatkan nama Adam Warlock.
Selain itu, dia juga telah muncul sebagai dalam versi lain yang dikenali sebagai Magus. Apa yang saya boleh katakan adalah, Magus merupakan versi jahatnya yang datang dari masa hadapan. Dia juga telah menjadi salah seorang ahli kepada Infinity Watch bersama Doctor Strange untuk menjaga Infinity Stone. Sebelum itu, Adam Warlock telah menyertai Guardian of the Galaxy dan menjadi hero yang sangat kuat.
Kuasa
Memandangkan dia merupakan makhluk yang dicipta dan telah mempunyai biologi unik, dia telah menerima abiliti dan kuasa yang sangat meluas. Namun, kuasa ini tertakluk kepada pelbagai perubahan dengan setiap kelahiran semula dan perkembangan daripada “regenerative cocoon” dalam pelbagai situasi yang dihadapi. Berikut adalah kuasa yang Adam Warlock yang diperolehi sepanjang dia membuat kemunculan di dalam komik.
Ikatan Simbiotik dengan Soul Gem
Avatar of Life
- Summoning
Fisiologi Manusia Luar Biasa
- Penggunaan tenaga
- Kekuatan Supermanusia
- Kelajuan Supermanusia
- Stamina Supermanusia
- Ketahanan Supermanusia
- Ketangkasan Supermanusia
- Refleks Supermanusia
- Terbang
- Immortality
- Penjanaan Semula Sel
Ultra Deria
- Kesedaran Kosmik & Deria Mistik
- Rintangan Pembekuan Masa
- Rintangan “warp” Realiti
Telepati
- Pertahanan Telepati
Clairvoyance
Manipulasi Tenaga
- Manipulasi Jirim
- Binaan Tenaga
- Magis
- Resurrection
- Time Travel
- Melabuhkan Jiwa
- Mantra Ajaib
- Portal Mistik
- Magis Kuantum
- Manipulasi Jiwa
- Empati
- Manipulasi Jiwa
- Spell Casting
- Chronokinesis
- Ilusi
- Kuasa Kosmik
- Pirokinesis
Sebenarnya, banyak lagi kuasa yang Adam Warlock peroleh sepanjang dia mengembara merentasi galaksi di dalam komik. Tetapi ini rasanya itu sahaja telah pun cukup untuk menunjukkan yang dia adalah salah satu watak yang kuat di dalam komik Marvel.
Apa yang dibawa oleh James Gunn dalam filem Guardian of the Galaxy Vol 3 adalah berbeza di mana Adam Warlock menjadi seorang watak jahat dan berkemungkinan ini adalah versi Magus. Kami tidak pasti sama ada dia akan menjadi baik atau pun mati dalam pertengahan cerita dan akan dihidupkan kembali dalam filem lain.
Buat masa sekarang, itu sahaja yang dapat kami kongsikan kepada anda mengenai biodata Adam Warlock versi komik. Jika melihat pada filem Marvel sebelum ini, mereka sudah pasti akan membina jalan cerita yang berlainan sedikit daripada di dalam komik. Mungkin Adam Warlock juga akan menerima nasib yang sama. Apapun, saya ingin mengingatkan anda bahawa filem Guardian of the Galaxy Vol 3 akan ditayangkan di Malaysia bermula pada 4 Mei 2023.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post