Mesti ramai yang sudah tidak sabar untuk bermain game yang keluar sepanjang Mei 2023. Boleh tahan juga entri game untuk bulan ini. Antara game hebat yang akan keluar ialah sekuel Breath of the Wild — The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom, The Lord of the Ring: Gollum, Outlast Trials dan banyak lagi! Jom kita tengok game gempak lain yang akan keluar sepanjang Mei 2023!
Redfall – 2 Mei [Xbox Series X/S, PC]
“Pekan Redfall dikepung oleh legion vampire yang telah memisahkan pulau itu dari dunia luar. Terperangkap dengan segelintir mangsa yang terselamat, bunuh seorang diri atau skuad dalam action FPS open world.”
The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom – 12 Mei [Switch]
“Link memulakan perjalanannya di salah satu daripada banyak pulau terapung misteri yang tiba-tiba muncul di langit tinggi di atas Hyrule. Di sanalah wira kita perlu memperoleh kebolehan baharu sebelum kembali ke dunia permukaan untuk memulakan pengembaraan epiknya.
Langit bukan satu-satunya perkara yang berubah dalam Hyrule. Lokasi yang dikenali telah berubah secara dramatik, dengan bandar baharu, gua, dan jurang misteri muncul di seluruh dunia—semuanya menunggu untuk diterokai.“
The Outlast Trials – 18 Mei [PC]
Set in the era of the Cold War, human guinea pigs are involuntarily recruited by the good folks at the Murkoff Corporation to test advanced methods of brainwashing and mind control. In a world of distrust, fear, and violence, your morals will be challenged, your endurance tested, and your sanity crushed. All in the name of progress, science, and profit.
Lego 2K Drive – 19 Mei [PC, PS4, PS5, XSX/S, Xbox One]
“Game AAA driving adventure ini akan memberikan pengalaman bermain dengan dunia yang luas dan terbuka di mana pemain boleh membina sebarang kenderaan, memandu di mana-mana dan menjadi legenda.”
Amnesia: The Bunker – 23 Mei [PC, PS4, Xbox One, XSX/S]
“Amnesia: The Bunker ialah entri terbaharu dalam francais Amnesia dan buat pertama kalinya, pemain dilengkapi dengan kebebasan untuk memberi impak kepada gameplay, dan menentukan playstyle sendiri ketika meneroka persekitaran semi-open world. Ia terpulang kepada pemain untuk memilih pendekatan mereka semasa bertahan hidup.”
The Lord of the Rings: Gollum – 25 Mei [PC, PS4/5, Xbox One, XSX/S]
“The Lord of the Rings: Gollum akan membawa pemain untuk melihat perspektif lain di Middle-earth. Pemain akan mengetahui pengalaman Gollum semasa permulaan bab “The Fellowship of the Ring”, di mana dia memulakan pengembaraan berbahaya di pelbagai tempat. Dengan memanjat dan mengelak musuh-musuh berdekatan, Gollum menggunakan kesemua pengetahuannya sepanjang 500 tahun.”
System Shock – 30 Mei [PC]
“Berlangsung di stesen angkasa yang terbiar, pemain perlu bertahan hidup dalam persekitaran yang bahaya dan menewaskan SHODAN (Sentient Hyper-Optimized Data Access Network), sebuah AI jahat yang menginginkan kehancuran manusia.
System Shock baharu ini adalah remake sepenuhnya dari versi original 1994 yang hebat, dan menggandingkan gameplay teras kegemaran orang ramai dengan visual HD baru, kawalan yang dikemas kini, interface yang dibaik pulih serta bunyi dan muzik yang di-remaster.”
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Game Mei 2023 mana yang anda tidak sabar untuk main? Boleh kongsikan di ruangan komen. Untuk mendapatkan segala liputan menarik tentang game, boleh klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post