Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siapa Sebenarnya Seishi Kishimoto – Adik Kembar Kepada Pencipta Naruto?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 3, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Siapa Sebenarnya Seishi Kishimoto – Adik Kembar Kepada Pencipta Naruto?
Share on FacebookShare on Twitter

Bila sebut sahaja nama Kishimoto, pasti ramai yang terus terbayangkan Naruto. Namun, sebenarnya ada seorang lagi Kishimoto yang sudah lama membina reputasi dan kerjayanya sendiri dalam dunia manga sejak lebih dua dekad yang lalu.

Baru-baru ini, berita tersebar bahawa Seishi Kishimoto—adik kembar kepada Masashi Kishimoto—bakal melancarkan sebuah manga terbaharu berjudul Kamiyashiro: Kei of Accidental Murders. Karya ini telah pun membuat kemunculan di LINE Manga sejak 25 Januari 2026 yang lalu.

Memandangkan dia masih lagi aktif berkarya, ini adalah masa yang paling sesuai untuk kita mengenali siapa sebenarnya Seishi ini. Walaupun berkongsi nama keluarga yang terkenal dan gaya lukisan yang hampir sama, dia merupakan seorang pengkarya hebat dengan identitinya yang tersendiri.

Siapakah Seishi Kishimoto?

Dilahirkan pada 8 November 1974 di Wilayah Okayama, Seishi merupakan pasangan kembar seiras Masashi. Sejak kecil lagi, mereka berdua sudah pun menjadi “pasukan kreatif”. Ketika di sekolah rendah, mereka sangat meminati anime Kinnikuman dan menghabiskan masa bersama-sama untuk melukis watak adiwira sendiri.

Zaman kanak-kanak yang dikongsi bersama inilah yang menyebabkan gaya lukisan mereka nampak serupa… sehingga mereka sering dituduh meniru antara satu sama lain sepanjang kerjaya mereka.

Seishi sentiasa bersikap terbuka tentang hal ini dan menjelaskan bahawa ia bukanlah sesuatu yang disengajakan; mereka cuma membesar dengan pengaruh dan minat yang sama.

Perjalanan profesional Seishi bermula pada tahun 2001 melalui karya one-shot berjudul Trigger. Namun, peminat antarabangsa lebih mengenali beliau melalui karya hit pertamanya: O-Parts Hunter (di Jepun dikenali sebagai 666 Satan). Ia diterbitkan dari tahun 2001 hingga 2007 dan menjadi antara manga kegemaran ramai pada era tersebut.

Sejak itu, beliau terus aktif menghasilkan pelbagai karya dalam pelbagai genre dan majalah:

  • Blazer Drive (2008–2011): Sebuah siri penuh aksi yang turut diadaptasi menjadi permainan video.
  • Kurenai no Ōkami to Ashikase no Hitsuji (2011–2013): Sebuah kisah yang lebih menjurus kepada elemen supernatural.
  • Sukedachi 09 (2014–2016): Projek di mana beliau menjalankan dua siri yang saling berkait secara serentak (satu dalam bentuk cetakan dan satu lagi secara digital) mengikuti watak berbeza dalam dunia yang sama.
  • Mad Chimera World (2017–2019): Sebuah siri aksi seinen yang lebih gelap.

Pada tahun 2021, beliau melukis sebuah manga fiksyen berjudul Yobigami untuk sebuah drama TV TBS (Oh! My Boss! Koi wa Bessatsu de), menggunakan nama pena Ukyō Arazome bagi menyesuaikan dengan plot drama tersebut.

なんと❣️第2話で登場した #花江夏樹 さん演じる荒染右京の代表作 #ヨビガミ がマンガボックスで無料配信開始になりました👏💕漫画家・岸本聖史先生が #ボス恋 のために描き下ろしてくれた特別な作品🥺✨ぜひご覧ください♥️
iOS📱 https://t.co/q9SL2X0Llw
Android📱 https://t.co/fGHEPMgmVr pic.twitter.com/Kr0ho5L90G

— 【公式】オー!マイ・ボス!恋は別冊で ご視聴ありがとうございました❣️ (@bosskoi_tbs) January 20, 2021

Beliau kemudiannya mengusahakan siri bertajuk Monster Life and the Earth, sebuah kisah battle fantasy yang tamat pada Ogos 2023. Kini, tidak sampai tiga tahun selepas itu, beliau sudah pun kembali dengan projek terbaharunya.

Manga terbaharunya Kamiyashiro: Kei of Accidental Murders membawakan perubahan dari segi ton penceritaan.

《カミヤシロ事故殺の京》1月25日からLINEマンガ様にて毎週配信始まります!殺し屋の中でも他と違い色々なギミックを使い【事故による殺し】を行う主人公『京』ケイの物語です。是非!よろしくお願いいたします。。 pic.twitter.com/Lz5AImgG2Y

— 岸本聖史 (@ZWgWlbLpklrsnKa) January 22, 2026

Melalui akaun X miliknya, Seishi menjelaskan kisah Kamiyashiro: Kei of Accidental Murders tentang seorang pembunuh upahan bernama Kei. Namun, ada satu kelainan: Kei tidak membunuh mangsanya dengan cara konvensional.

Sebaliknya, dia menggunakan pelbagai muslihat dan alat untuk melakukan “pembunuhan tidak sengaja,” bagi memastikan kematian mangsanya nampak seperti kemalangan dan bukannya pembunuhan terancang.

Bagi mereka yang hanya mengenali nama Kishimoto melalui Naruto, Seishi adalah bukti bahawa bakat memang mengalir dalam keluarga ini… namun sepanjang 25 tahun yang lalu, beliau telah membuktikan bahawa beliau mempunyai identiti dan naskah uniknya yang tersendiri untuk diceritakan kepada dunia.

Tags: Seishi Kishimoto
ShareTweetSend
Previous Post

[UPDATE] Filem Live-Action ‘Blue Lock’ – Inilah Barisan Pelakon Team Z!

Next Post

PlayStation Umum Jualan Festive New Year 2026 – Diskaun Hebat Untuk PS5 Pro, Ghost of Yotei & Banyak Lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
PlayStation Umum Jualan Festive New Year 2026 – Diskaun Hebat Untuk PS5 Pro, Ghost of Yotei & Banyak Lagi!

PlayStation Umum Jualan Festive New Year 2026 - Diskaun Hebat Untuk PS5 Pro, Ghost of Yotei & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd