Pembangun Genshin Impact, HoYoverse, telah mengesahkan bahawa keperluan sistem game itu akan dinaik taraf tidak lama lagi. Perubahan besar ini akan melibatkan semua platform—PC, iOS dan Android—dan dijangka bermula dengan update Version 6.0, “Song of the Welkin Moon.”
Peningkatan sistem ini dibuat seiring dengan perancangan HoYoverse untuk menambah baik kualiti grafik dan fungsi gameplay Genshin Impact, lebih-lebih lagi dengan ketibaan kawasan baharu.
Dengan menaikkan tahap minimum perkakasan, mereka berharap dapat memberikan prestasi yang lebih lancar dan pengalaman gameplay yang lebih mengasyikkan pada peranti-peranti moden.
Bagi pemain yang menggunakan peranti dengan spesifikasi di bawah tahap minimum yang baharu, HoYoverse memberi amaran bahawa anda mungkin masih boleh bermain, tetapi berisiko mengalami masalah prestasi seperti permainan tersekat-sekat, tidak stabil, atau tergendala secara tiba-tiba (crash).

Spesifikasi Minimum dan Disyorkan yang Baharu
Berikut adalah senarai spesifikasi minimum dan yang disyorkan selepas kemas kini. (Notis: Keperluan ruang storan akan diumumkan pada masa akan datang).
PC
- Spesifikasi Minimum:
- OS: Windows 10 64-bit
- Processor: Intel® Core™ i5 Generasi ke-6 atau siri AMD Ryzen™
- RAM: 8 GB
- Graphics: NVIDIA® GeForce® GT 1050 atau Intel® Iris® Xe
- DirectX Version: 11
- Spesifikasi Disyorkan:
- OS: Windows 10 64-bit atau Windows 11 64-bit
- Processor: Intel® Core™ i7 Generasi ke-7 atau siri AMD Ryzen™ 5000
- RAM: 16 GB
- Graphics: NVIDIA® GeForce® GTX 1060 6GB atau lebih baik
- DirectX Version: 11
iOS
- Spesifikasi Disokong:
- Peranti: iPhone 8 Plus, iPhone X, atau model-model terkemudian
- SoC: Apple A11 atau lebih baharu
- RAM: 3 GB atau lebih
- OS: iOS 13.0 atau ke atas
- Spesifikasi Disyorkan:
- Peranti: Siri iPhone 12 atau model-model terkemudian
- SoC: Apple A13 atau lebih baharu
- RAM: 4 GB atau lebih
- OS: iOS 13.0 atau ke atas
Android
- Spesifikasi Disokong:
- Architecture: ARMv8-A 64-bit
- SoC: Snapdragon 660 atau Helio G88 dan ke atas
- RAM: 4 GB atau lebih
- OS: Android 10.0 dan ke atas
- Spesifikasi Disyorkan:
- SoC: Snapdragon 855, Dimensity 1000, atau Kirin 980 dan ke atas
- RAM: 6 GB atau lebih
- OS: Android 12.0 dan ke atas
Secara ringkasnya, pemain yang menggunakan peranti mobile yang lama dinasihatkan untuk menaik taraf jika mahu pengalaman bermain yang lancar. Bagi pemain PC pula, kebanyakan PC gaming sedia ada masih mampu menyokongnya, tetapi saiz fail permainan yang melebihi 100 GB kekal menjadi cabaran utama dari segi storan.
Selain perubahan ini, HoYoverse juga sebelum ini telah mengumumkan akan menamatkan sokongan untuk konsol PlayStation 4 secara berperingkat. Anda boleh baca lebih lanjut tentang berita itu di SINI.
Untuk maklumat penuh dan pengumuman rasmi daripada HoYoverse, para pemain boleh melayari forum komuniti HoYoLAB.









Discussion about this post