Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Open Beta Battlefield 6 Bermula Minggu Ini: Semua Info Penting—Cara Akses, Kandungan & Spec PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 7, 2025
in Artikel, Berita, Beta, Epic Store, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Open Beta Battlefield 6 Bermula Minggu Ini: Semua Info Penting—Cara Akses, Kandungan & Spec PC!
Share on FacebookShare on Twitter

EA dan DICE akhirnya mendedahkan semua butiran mengenai Open Beta untuk Battlefield 6. Ini adalah peluang keemasan untuk anda mencuba sendiri game ini sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada 10 Oktober 2025.

Sesi beta kali ini dikatakan sebagai yang terbesar pernah dianjurkan, dan ia adalah petanda jelas bahawa siri ini mahu kembali kepada formula asal yang disukai ramai.

Selepas Battlefield 2042 yang bermacam-macam masalah, pembangun kini memberi fokus semula kepada elemen klasik seperti sistem empat kelas, perang skala besar, dan sistem kemusnahan persekitaran yang lebih canggih.

Beta ini juga penting untuk mereka mengumpul maklum balas daripada pemain bagi menambah baik permainan sebelum dilancarkan sepenuhnya.

Jadual Penuh Beta (Waktu Malaysia)

Jangan lupa, anda dah boleh mula pra-muat turun klien beta pada 4 Ogos jam 11:00 malam supaya tidak terlepas walau seminit pun aksi pertempuran.

  • Akses Awal: Bermula 7 Ogos (4:00 petang) hingga 8 Ogos (4:00 petang).
  • Hujung Minggu 1 (Terbuka): Bermula 9 Ogos (4:00 petang) hingga 11 Ogos (4:00 petang).
  • Hujung Minggu 2 (Terbuka): Bermula 14 Ogos (4:00 petang) hingga 17 Ogos (4:00 petang).

Bagaimana Cara Nak Main?

🧵 #Battlefield6 Open Beta account checklist

We just dropped a full guide on how to get Battlefield 6 Open Beta–ready 🎮
But if you want the quick version, here's your quick checklist before deployment 🧵👇 pic.twitter.com/dZUXGllngG

— EA Help (@EAHelp) August 2, 2025

Ada dua cara untuk masuk ke medan perang:

1. Akses Awal (7-8 Ogos): Untuk menjadi antara yang terawal bermain, anda perlukan salah satu daripada ini:

  • Battlefield Labs: Telah mendaftar akaun EA sebelum 31 Julai 2025.
  • Langganan EA Play Pro: Akses diberikan secara automatik.
  • Twitch Drops: Tonton mana-mana strim Battlefield 6 yang mengambil bahagian selama 30 minit untuk dapatkan kod akses.

2. Beta Terbuka (9-11 Ogos & 14-17 Ogos): Kalau terlepas Akses Awal, jangan risau! Sesi Beta Terbuka ini percuma untuk semua orang, tak perlukan kod atau pra-tempah pun. Cuma cari “Battlefield 6 Open Beta” di platform anda:

  • PlayStation 5: PlayStation Store
  • Xbox Series X|S: Xbox Store
  • PC: Steam, Epic Games Store, atau EA app

Pastikan anda ada akaun EA dan sambungan internet yang stabil untuk bermain.

Apa yang Ada Dalam Beta Ini?

Beta kali ini memang padat dengan kandungan untuk anda terokai.

Peta:

  • Hujung Minggu 1: Tiga peta tersedia iaitu Siege of Cairo, Liberation Peak, dan Iberian Offensive.
  • Hujung Minggu 2: Semua peta dari minggu pertama akan kembali, ditambah dengan peta baharu iaitu Empire State.

Mod Permainan:

  • Hujung Minggu 1: Cuba mod klasik seperti Conquest, Breakthrough, Domination, King of the Hill, dan mod istimewa Closed Weapon Conquest (senjata dikunci mengikut kelas).
  • Hujung Minggu 2: Semua mod di atas akan kembali, bersama dua mod kegemaran ramai: Rush dan Squad Deathmatch.

Perubahan utama gameplay termasuk kembalinya empat kelas teras (Assault, Engineer, Support, Recon) dan Kinesthetic Combat System baharu yang direka untuk menambah baik pergerakan dan gunplay. Kemusnahan persekitaran juga telah dipertingkatkan, membolehkan pemusnahan strategik yang lebih berkesan.

Perlu diingat, mod Battle Royale yang dikhabarkan tidak akan menjadi sebahagian daripada beta ini.

Ganjaran dan Keperluan PC

Pemain yang menyertai beta boleh menyelesaikan cabaran untuk mendapatkan ganjaran kosmetik eksklusif, seperti skin dan pakej senjata, yang akan dibawa ke permainan penuh. Walaupun ganjaran kosmetik ini adalah kekal, kemajuan permainan seperti tahap dan item yang dibuka akan ditetapkan semula (reset) untuk pelancaran akhir.

Pemain PC perlu memastikan sistem mereka memenuhi keperluan dan mengaktifkan Secure Boot dalam BIOS untuk mematuhi sistem anticheat baharu EA, Javelin.

Keperluan Minimum PC (Low Settings, 1080p @ 30 FPS):

  • GPU: Nvidia RTX 2060 / AMD Radeon RX 5600 XT
  • CPU: Intel Core i5-8400 / AMD Ryzen 5 2600
  • RAM: 16GB
  • Storan: 75GB HDD

Keperluan Disyorkan PC (High Settings, 1440p @ 60 FPS):

  • GPU: Nvidia RTX 3060Ti / AMD Radeon RX 6700 XT
  • CPU: Intel Core i7-10700 / AMD Ryzen 7 3700X
  • RAM: 16GB
  • Storan: 75GB SSD

Untuk masuk ke Open Beta, sila layari laman web rasmi.

Tags: Battlefield 6open beta
ShareTweetSend
Previous Post

Siap Sedia! Genshin Impact Menjelaskan Keperluan Sistem Yang Lebih Berat Selepas Update!

Next Post

[Khabar Angin] Anime Sekiro Hampir Disahkan Berikutan Pendaftaran Laman Web

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
[Khabar Angin] Anime Sekiro Hampir Disahkan Berikutan Pendaftaran Laman Web

[Khabar Angin] Anime Sekiro Hampir Disahkan Berikutan Pendaftaran Laman Web

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd