Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Si jahat jadi Power Ranger? Adaptasi anime “Go Go Loser Ranger” diumumkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 8, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Si jahat jadi Power Ranger? Adaptasi anime “Go Go Loser Ranger” diumumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Terkenal untuk siri rom-com Quintessential Quintuplets, karya terkini Negi Haruba – Go Go Loser Ranger akhirnya akan menerima adaptasi anime menurut sumber rasmi!

Malangnya, tarikh keluaran dan pelakon mana yang akan menyuarakan siri anime masih belum didedahkan, tetapi korang boleh menonton dahulu trailer pendek dan poster istimewa.

Untuk meraikan pengumuman ini, Negi Haruba menyampaikan mesej melalui laman web rasmi:

Terima kasih kerana memilih Go Go Loser Ranger! sebagai karya original. Produksi manga kadangkala sangat tegas dan sunyi, dan merupakan “proses membaling bola yang berterusan di tempat kosong.”

Antaranya, saya berasa dihargai seolah-olah “animasi itu dilemparkan ke belakang”. Saya tidak sabar-sabar untuk melihat Combatant D yang tidak cool beraksi. Saya dapat terus “membaling bola” kerana semua orang berada di sisi. Saya akan melakukan yang terbaik untuk tidak tewas kepada anime, jadi saya gembira jika anda terus membacanya.

Buat masa ini, kita tahu bahawa Shochiku Studio akan menguruskan produksi anime, manakala Keiichi Satou (Tiger & Bunny, Inuyashiki, Mobile Suit Gundam Unicorn) akan bertanggungjawab sebagai pengarah.

Berbanding dengan naratif The Quintessential Quintuplets yang memfokuskan pada percintaan, Go Go Loser Ranger lebih tertumpu pada kuasa super dan pertarungan antara watak berinspirasikan francais Super Sentai/Power Rangers tetapi dengan sedikit plot twist.

Sinopsis

13 tahun yang lalu, askar “Villainous Army” cuba menyerang Bumi, tetapi berhadapan dengan skuad Power Rangers yang dikenali sebagai Dragon Keepers dan senjata super mereka, Divine Tools. Dalam masa setahun, segala Villainous Army telah dikalahkan di mana semua askar eksekutifnya dihapuskan.

Sejak itu, saki baki askar konco yang masih hidup (dan nampaknya tidak boleh mati) dipaksa untuk melakonkan semula kekalahan mereka kepada Dragon Keepers di hadapan ramai penonton setiap hari Ahad sebagai rancangan hiburan.

Bosan dengan layanan itu dan menyedari bahawa ini hanyalah perhambaan, salah seorang askar memberontak dan memutuskan dia akan mengalahkan Dragon Keepers dengan menyusup ke dalam organisasi dan menyamar sebagai Ranger.

Itu sahaja info yang saya tahu buat masa ini, Go Go Loser Ranger sedang dibangunkan, jadi lebih baik kita menunggu maklumat lanjut daripada sumber rasmi. Untuk membaca segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Tags: animeGo Go Loser RangerPower ranger
Previous Post

GSC Cinema buka jualan tiket Avatar: The Way of Water, dapatkan sekarang!

Next Post

Attack on Titan VR: Unbreakable akan dilancarkan tahun depan, guna Meta Quest 2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
Attack on Titan VR: Unbreakable akan dilancarkan tahun depan, guna Meta Quest 2!

Attack on Titan VR: Unbreakable akan dilancarkan tahun depan, guna Meta Quest 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd