Tarikh keluaran untuk game sekuel superhero Marvel’s Spider-Man 2 ciptaan Insomniac Games mungkin telah dibocorkan oleh salah seorang pelakon suara utamanya! Secara lebih khusus lagi, pelakon suara Venom kata bahawa game Spider-Man 2 akan dilancarkan pada bulan September 2023.
Pelakon suara itu ialah Tony Todd, yang menyuarakan Venom aka Eddie Brock untuk game Spider-Man 2. Dalam salah satu postingnya di Twitter, seorang netizen tidak sabar memuat naik gif Venom dan kata dia tidak sabar menunggu keluaran game tersebut. Tony Todd kemudian balas dan kata game itu dijangka akan dikeluarkan pada bulan September.
Selain itu, dia turut kata publisiti besar-besaran akan bermula pada bulan Ogos termasuk trailer tetapi itu semua tidak disahkan oleh PlayStation mahupun Insomniac games. Tidak lama selepas itu, Todd mengeluarkan tweet baharu yang kata:
Tiada lagi petunjuk tentang #Spiderman2. Itu semua mimpi. Salahkan jet lag. Mana tahu, saya mungkin bukan #Venom.
Mungkin selepas dimarahi oleh pihak PlayStation atau majikannya, Tony Todd terpaksa mendiamkan diri tentang produksi Spider-Man 2 dan tidak boleh lagi berkongsi info tentang game. Namun, apa yang pasti adalah game itu masih akan keluar pada tahun ini.
Bagi mereka yang tidak tahu, Marvel’s Spider-Man adalah salah satu adaptasi game paling bagus daripada siri komik dengan pelancaran Marvel’s Spider-Man (1) pada 2018. Dipuji kerana naratif yang bagus, watak dan persekitaran yang autentik, dan sistem eksplorasi/pertempuran yang menepati semangat Spider-Man, game ini dipuji sebagai sebagai standard baharu dalam adaptasi game daripada komik.
Seterusnya, mereka mengeluarkan sekuel Spider-Man: Miles Morales pada 2020 yang turut menerima pujian tinggi sebagai spinoff/sekuel yang bagus. Selepas kejayaan kedua-dua game, patutlah ramai gamer tidak sabar untuk keluaran Marvel’s Spider- Man 2.
Berita lanjut dijangka akan datang dalam beberapa bulan akan datang. Walaupun tarikh tepat, gameplay dan naratif masih belum didedahkan dengan terperinci, nampaknya kita tidak perlu menunggu lama lagi.
Marvel’s Spider-Man 2 akan dikeluarkan pada tahun 2023 secara eksklusif di PS5. Baca segala liputan kami tentang game itu di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post