Makin lama semakin banyak siri anime yang memaparkan serangan yang terlampau kuat, atau senang cerita overpowered. Tetapi dalam banyak-banyak serangan ini, ada beberapa yang memang tidak diduga antara yang terkuat dalam kalangan mereka. Kami ada senaraikan beberapa serangan yang bagi kami terkuat buat masa ini. Tanpa membuang masa jom kita lihatnya!
Gomu Gomu no Bajrang Gun [One Piece]

Dengan Luffy membukan Gear 5, sudah tentu ada serangan terkuatnya tersendiri. Serangan tersebut adalah Gomu Gomu no Bajrang Gun, di mana Luffy telah mengembangkan penumbuknya hampir sebesar Onigashima, kemudian menggunakan Busoshoku dan Haoshoku Haki padanya sebelum melepaskan serangan tersebut pada Kaido. Paling menarik sekali, serangan tersebut langsung tidak menyentuh musuhnya.
Serious Punch [One Punch Man]

Siapa sahaja yang tidak mengenai Saitama daripada One Punch Man. Tumbukan biasanya sahaja sudah cukup kuat apatah lagi Serious Punch miliknya. Dia dengan mudah boleh menghentikan Elder Centipede serta menghentikan Collapsing Star Roaring Cannon milik Boros.
Hollow Technique: Purple [Jujutsu Kaisen]

Apabila dua Cursed Technique digabungkan, maka Gojo boleh melepaskan Hollow Technique: Purple, satu kuasa yang melepaskan kuasa tembakan yang kuat, menghancurkan segala benda yang berada di hadapannya.
Gold Experience Requiem [Jojo’s Bizarre Adventure: Golden Wind]

Gold Experience Requiem merupakan form baharu Stand milik Giorno Giovanna. Ia membolehkan Giorno menukar sebarang serangan kepada kosong secara automatik. Senang cerita serangan tersebut tidak pernah terjadi langsung. Tetapi yang mengerikan lagi adalah, kalau seseorang dibunuh oleh Gold Experience Requiem, maka mereka terperangkap dalam loop kematian itu sampai bila-bila.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Serangan apa lagi yang bagi anda terlampau kuat dalam dunia anime? Boleh kongsikannya di ruang komen! Jangan lupa untuk tonton semua anime di atas melalui platform rasmi seperti Netflix, Bilibili, iQIYI dan banyak lagi! Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post