Selepas lebih sedekad, Capcom akhirnya membawa kembali Dragon’s Dogma dengan sekuelnya, Dragon’s Dogma 2 untuk konsol generasi baru dan PC. Di gamescom asia 2023, kami berpeluang mencuba game ini selama kira-kira 15 minit melalui hands-on istimewa dan ternyata pengalamannya sangat menarik.
Memandangkan kami mencuba kelas Fighter di Tokyo Game Show 2023, kali ini wakil kami berminat untuk mencuba kelas Thief (kelas dipanggil sebagai Vocation dalam game ini). Apakah perubahan kali untuk hands-on ini? Teruskan membaca artikel saya.
Pengalaman Umum
Seperti namanya, Thief ialah arketaip watak yang lincah dan pantas yang menggunakan dua bilah pendek untuk melancarkan sejumlah serangan yang pantas sambil keluar masuk dalam pertarungan. Vocation ini turut mempunyai akses kepada beberapa kemahiran utiliti termasuk Smoke Screen: melemparkan item ini ke musuh akan membuat mereka keliru buat seketika) dan Powder Charge: anda meninggalkan bom dan ia akan meletup dan mencederakan musuh selepas tempoh masa tertentu.
Setiap Vocation juga mempunyai kemahiran unik sendiri. Untuk Thief, kemahiran uniknya adalah Swift Step yang membolehkan anda quick dash ke arah yang diingini. Untuk Swift Step khususnya, saya rasa ia adalah kemahiran yang cukup cool untuk keluar masuk semasa pertempuran sambil mencari peluang yang lebih baik untuk menyerang musuh.
Satu perkara yang paling saya sukai semasa Dragon’s Dogma 2 ialah mekanik yang membolehkan pemain bertukar antara dua set kemahiran apabila menekan “butang L1” lama-lama. Kalau tidak silap, mekanik ini pun ada dalam game pertama Dragon’s Dogma tetapi saya gembira untuk melihatnya kembali dalam sekuel.
Untuk Thief, apabila kita bertukar kepada set kemahiran kedua, pemain akan diberi akses kepada kemahiran Smoke Screen dan Powder Charge yang saya jelaskan tadi. Kemampuan untuk bertukar antara kemahiran pada bila-bila masa dalam pertarungan menjadikan sistem pertempuran terasa lebih lancar dan bervariasi sambil menghilangkan elemen leceh.
Daripada segi grafik, dunianya memang cukup cantik lagi-lagi kerana lokasi yang saya bermain penuh dengan kehijauan warna-warni. Di samping itu, twrdapat banyak perkara untuk pemain berinteraksi semasa meneroka dunia yang luas, termasuk berbual dengan NPC dan melawan raksasa eksotik.
Untuk menjelaskan lebih lanjut tentang sistem permainan, pemain akan membentuk parti yang terdiri daripada empat sekutu AI yang dipanggil Pawns. Rakan AI ini akan membantu anda dalam pertempuran sama ada melawan raksasa menjengkelkan seperti Harpy atau bertindak sebagai umpan apabila menghadapi seorang musuh kuat semasa kita cuba menyerang daripada belakang. Anda juga boleh menggunakan D-Pad untuk memberikan arahan pantas kepada Pawn, yang juga sangat berguna apabila situasi pertarungan berubah.
Saya rasa satu-satunya aduan saya dengan game setakat ini adalah sistem stamina. Saya cuba untuk tidak menghabiskan stamina semasa berlari, tetapi ia masih habis dengan agak cepat (lagi-lagi semasa bertarung. Ini menyebabkan saya terdedah kepada serangan musuh, yang kadangkala boleh mengakibatkan maut. Jadi, nasihat saya adalah supaya sentiasa memerhatikan stamina.
Saya mengakhiri sesi hands-on dengan melawan world boss yang menyerupai seekor Troll yang besar. Daripada pengalaman saya, Troll itu mempunyai jumlah HP yang agak besar dan setiap serangannya mampu menghakis sebahagian besar HP saya. Nasib baiklah, saya mempunyai Pawn tersayang untuk menarik perhatian Troll sementara saya menyerangnya daripada sudut berbeza.
Secara keseluruhan, saya memang seronok (walaupun sangat noob) bermain Dragon’s Dogma 2 dan pasti akan menantikan pelancaran rasmi untuk game itu.
Buat masa sekarang, Dragon’s Dogma 2 tidak mempunyai tarikh keluaran tetapi Capcom mengesahkan bahawa game ini akan dikeluarkan di PS5, Xbox Series X/S, dan PC melalui Steam. Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post