Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Senarai watak game popular yang berasal dari Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 31, 2023 - Updated on September 15, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Senarai, Tempatan
0 0
0
Senarai watak game popular yang berasal dari Malaysia
0
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Pada masa sekarang, Malaysia merupakan salah satu negara dengan pasaran gaming terbesar di rantau Asia Tenggara. Disebabkan netizen kita sangat berdedikasi terhadap gaming, ini membawa kepada beberapa watak Malaysia di dalam game popular sejak beberapa tahun lalu. Watak ini bukan NPC ya tetapi playable character daripada beberapa francais paling popular seperti Badang dari Mobile Legends dan Noor Casulink dari Hyperscape. Selain watak-watak ini, jom kita lihat watak Malaysia lain yang berasal dari game popular!

Terima kasih kepada kawan-kawan di Ahakspedia kerana berkongsi info ini di halaman YouTube mereka!

1. Noor Casulink (Hyper Scape)

Dikenali sebagai “wajah Asia Tenggara”, Noor Casulink atau nama sebenarnya, Noor Azimah binti Yusof berusia 23 dan digambarkan sebagai fashionista yang popular di kalangan wanita muda dalam game shooter battle royale Hyper Scape. Sebagai salah satu playable character, Ubisoft sendiri menjelaskan bahawa Noor Azimah menetap di Kuala Lumpur, manakala kampung halamannya adalah Pekan, Pahang.

Dari segi reka bentuk, Noor Azimah melihatnya memakai jaket oren-kelabu biasa, tetapi dengan selendang merah jambu ala-ala Yuna. Adakah dia pun peminat Yuna?

2. Badang (Mobile Legends: Bang Bang)

Mobile Legends tahu pasaran Asia Tenggara sangat kuat, jadi mereka membuat keputusan untuk menambah pelbagai watak dari rantau itu ke dalam game mereka termasuk Malaysia. Untuk negara kita, MLBB memperkenalkan Badang berdasarkan kisah dongeng klasik melayu yang sama tetapi ini bukan Badang sama yang kita kenal yang memakan muntah hantu.

Tergolong dalam kategori ‘fighter’, Badang dikenalkan pada tahun 2019 dan walaupun bukan pilihan yang konsisten dalam meta sekarang, dia masih seronok untuk dimainkan.

3. Sun Bird (Marvel Future Fight)

Wahh, Malaysia siap ada watak Marvel lagi! Pertama kali diperkenalkan dalam game mobile Marvel Future Fight, Sun Bird (Burung Matahari) merupakan lanun Malaysia dari zaman 1600-an yang dilahirkan semula selepas menggunakan kuasa kerisnya.

Selepas menyertai ‘Warriors of the Sky’, dia ingin menggunakan kehidupan barunya sebaik mungkin dengan menyelesaikan masalah-masalah di bumi.

4. Kestrel (Marvel Strike Force)

Marvel memang suka Malaysia agaknya kerana mereka menambah seorang lagi watak dari negara kita, tetapi kali ini untuk game Marvel Striker Force. Kestrel atau nama sebenarnya Sybil Tan berdarah campuran Malaysia/Amerika Syarikat dan merupakan seorang juruterbang, ahli fizik, jurutera dan angkasawan hebat yang menyertai organisasi S.T.R.I.K.E.

Kestrel ialah watak original pertama yang diperkenalkan dalam Marvel Strike Force, dan dicipta sebagai sebahagian daripada perayaan ‘Asian/Pacific American Heritage Month’.

5. Miss Til (Battle Arena Toshinden)

Miss Til ialah watak rahsia dalam Battle Arena Toshinden 3 tetapi malangnya, hanya muncul satu kali sahaja dalam francais. Dikenali sebagai penilik nasib yang bekerja di bawah antagonis utama. Sebagai salinan kepada seorang lagi watak bernama Shizuku Fuji, Miss Til mempunyai move set yang serupa dengannya, tetapi boleh melakukan lebih banyak damage.

Semasa bertarung, dia menggunakan seruling panjang ala-ala tongkat serta boleh melemparkan pisau tajam. Berbeza sikit daripada watak dalam senarai ini, Miss Til tergolong dalam kategori orang jahat.

6. Pemain antarabangsa Malaysia (FIFA 21 + 22, 2010 FIFA World Cup South Africa, FIFA Online 3)

FIFA… Memandangkan game ini berdasarkan pemain bola sepak profesional daripada dunia sebenar, memang tidak mengejutkanlah kita akan melihat beberapa nama popular dari tanah air kesayangan.

Sumber: Youtube@ZAD Ashwin

Untuk game 2010 FIFA World Cup South, korang boleh bermain sebagai pasukan kebangsaan Malaysia; di FIFA Online 3, Dollah Salleh, Shebby Singh, dan Ong Kim Swee boleh dimainkan; FIFA 21 + 22 mempunyai Luqman Hakim, Dions Cool, dan Wan Kuzain. Sebenarnya ada beberapa pemain lagi, tapi min tak cukup info.

7. Pasukan Johor Darul Takzim (PES 2020)

Menurut VocketFC, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah sebagai kelab Malaysia pertama yang dimasukkan ke dalam Pro Evolution Soccer 2020 (eFootball PES 2020).

Apabila berita ini baru diumumkan, pemilik JDT – Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi pengalamannya bermain PES 2020 dengan memilih JDT menentang Juventus.

8. Hafizh Syahrin (MotoGP 18)

YouTube@IceRami

Dato’ Hafizh Syahrin Abdullah merupakan seorang pelumba motosikal dari Malaysia dan merupakan pelumba pertama dari Malaysia yang berjaya bertanding dalam kategori MotoGP.

Disebabkan dia adalah pelumba rasmi, memang patutlah dia masuk dalam game rasmi MotoGP sekali.

9. The Malays (Age of Empires II: Rise of the Rajas)

Sumber: YouTube@Jabberminor

Min simpan “the best for last”. Dalam game RTS (real-time strategy) Age of Empires II HD: Rise of the Rajas, mereka memfokuskan kepada tamadun Asia Tenggara. Agaknya tamadun mana yang muncul sekali? Ya benar geng, ada melayu!

Lebih khusus lagi, game ini mengelar melayu sebagai ‘The Malays’ dan merupakan salah satu tamadun yang boleh kita kawal di dalam game. Lebih tertumpu pada bahagian infantry dan tentera laut, ‘The Malays’ dicipta berdasarkan pelbagai kerajaan di Kepulauan Melayu sebelum penaklukan Eropah, seperti Srivijaya dan Melaka

Untuk bonus, ‘The Malays’ mempunyai unit istimewa bernama Karambit Warrior. Bergaya abis!


Itu antara watak-watak game yang berasal dari Malaysia. Ada yang korang pernah main tak? Jika saya ada terlepas mana-mana watak, jangan segan silu untuk berkongsi di ruang komen!

Sumber – YouTube@Ahakspedia

Tags: GameMalaysiawatak
Previous Post

[Pandangan Pertama] 2 Episod Pertama ONE PIECE Live Action –Adaptasi Baik, Pengenalan Sempurna untuk Penonton Baru!

Next Post

Review Total War: Warhammer III – Shadows of Change – Memperkenalkan The Changeling!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Review Total War: Warhammer III – Shadows of Change – Memperkenalkan The Changeling!

Review Total War: Warhammer III - Shadows of Change - Memperkenalkan The Changeling!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd