Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Total War: Warhammer III – Shadows of Change – Memperkenalkan The Changeling!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 31, 2023
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Game Review, PC, Real time strategy, Review, Steam
0 0
0
Review Total War: Warhammer III – Shadows of Change – Memperkenalkan The Changeling!
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal dikeluarkan hari ini, DLC Shadows of Change menambah lapisan baru kepada Total War: Warhammer III, game strategi turn-based dan real-time tactic yang dibangunkan oleh Creative Assembly dan diterbitkan oleh Sega. Secara am, DLC ini akan memberi akses kepada tiga Legendary Lord baharu dan juga beberapa mekanik baru untuk pemain mencuba. Kami berpeluang bermain DLC ini lebih awal, dan sejujurnya saya menikmati setiap saat atas beberapa sebab yang berbeza.

Ingin tahu lebih lanjut? Teruskan membaca review saya di bawah tentang Total War: Warhammer III – Shadows of Change.

Seperti saya kata tadi, DLC ini menambah tiga Legendary Lord baharu dan setiap satu mempunyai mekanik tertentu untuk kempen masing-masing, tetapi satu-satunya watak yang pengalamannya rasa benar-benar berbeza ialah The Changeling. Tiga Legendary Lord baharu ialah Mother Ostankya (Kislev), Yuan Bo, the Jade Dragon (Grand Cathay), dan The Changeling (Tzeentch).

The Changeling

Kredit: Sega

Dalam review ini, saya akan menjelaskan tentang The Changeling sahaja ( atas sebab kekangan masa). Secara ringkas, The Changeling adalah hamba kepada Tzeentch, Chaos God of Change/Mischief/Trickery. Apa yang membuatkannya unik adalah Legendary Lord ini memberikan perubahan yang agak drastik pada playstyle faction-nya, lantas membuatkan segala elemen terasa baru; bukannya sekadar menambah watak baru di kempen lama.

Tidak seperti faction lain dalam Total War yang tawan “settlement” untuk membina empayar, Changeling tidak boleh buat demikian. Dari menangkap settlement, anda boleh membina bangunan sendiri di dalam bandar orang lain menggunakan mekanik khas, Trickster Cults.

Kredit: Sega

Ini dibahagikan pada dua laluan- Parasitic dan Symbiotic. Dengan bangunan jenis Parasitic, anda boleh menerima lebih banyak ganjaran (berbanding memperoleh pendapatan tetap yang diperoleh daripada output bandar itu), tapi ini akan meningkatkan tahap Detection (apabila faction itu mengesan ada penceroboh luar) oleh bandar tersebut.

Bangunan jenis simbiotik pula menerima ganjaran yang lebih sedikit tapi ia tidak meningkatkan tahap Detection. Saya tidak sempat mengalami situasi ini tetapi menurut game, apabila tahap Detection kita terlalu tinggi, pemilik bandar akan mula melumpuhkan bangunan anda.

Kredit: Sega

Akibatnya, Changeling sudah pasti salah satu Lord paling aneh yang pernah diperkenalkan setakat ini. Anda tidak mempunyai bandar sendiri, kerana Legendary Lord ini lebih gemar duduk di bandar orang lain dan mengaut keuntungan memakai Trickster Cults sambil merekrut unit baharu.

Sebagai seseorang yang main secara sangat agresif dalam game ini, agak susah untuk saya membiasakan diri dengan playstyle – jadi rancangan am adalah untuk mengelak bandar besar dahulu dan pergi ke kawasan dengan tempatan yang kecil lalu menubuhkan Trickster Cult di sana.

Scheme

Kredit: Sega

Sebagai hamba sejati kepada Tzeentch, objektif utama untuk kempen Changeling ialah Grand Scheme. Di setiap wilayah (diasingkan kepada “Theatres of War”), Changeling mempunyai pelbagai Scheme (misi) yang perlu dicapai. Ini termasuk menukar beberapa bandar menjadi bangunan loot level 5, atau hapuskan puak tertentu. Menyelesaikan misi tertentu akan membuka Greater Scheme, dan jika anda menyelesaikan Greater Scheme yang secukupnya, ia akan membuka Ultimate Scheme.

Pendapat

Kredit: Sega

Seperti yang dikatakan tadi, saya biasanya main Total War dengan lebih agresif. Untuk Changeling, playstyle saya jauh lebih berbeza kerana anda hanya mampu meletakkan beberapa ejen rahsia di beberapa bandar dan mengembangkan pengaruh jahat untuk melancarkan operasi besar seterusnya.

Dalam hati, saya juga berharap ada lebih banyak cara untuk menyusup masuk ke wilayah orang selain bertempur. Memandangkan Chaos Dwarves ada mekanik “caravan”, saya rasa Tzeentch sepatutnya ada mekanik yang lebih kurang sama tetapi memandangkan faction ini penuh dengan raksasa berupa buruk, ia lebih masuk akal untuk menyusup masuk secara rahsia daripada segi naratif dan reka bentuk.

Kredit: Sega

Secara keseluruhan, saya rasa Total War: Warhammer III – Shadows of Change adalah DLC yang cukup menarik dan unik kerana memaksa pemain untuk melupakan gameplay yang mereka sudah terbiasa dan belajar untuk memakai mekanik baru. Selain memberi cara serba baharu untuk bermain, ia juga membuatkan pengalaman pemain lebih unik daripada biasa.


Buat sesiapa yang berminat, Total War: Warhammer III tersedia sekarang untuk PC manakala DLC Forge of the Chaos Dwarfs akan tersedia hari ini (31 Ogos). Baca segala liputan kami tentang francais Total War di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: reviewTotal War: Warhammer IIITotal War: Warhammer III - Shadows of Change
ShareTweetSend
Previous Post

Senarai watak game popular yang berasal dari Malaysia

Next Post

Super Mario Bros. Wonder Dedahkan Gameplay & Konsol Edisi Khas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

GSC & MDEC melancarkan Malaysia Animation Film Festival! Tonton animasi tempatan di pawagam terpilih!
Tempatan

GSC & MDEC melancarkan Malaysia Animation Film Festival! Tonton animasi tempatan di pawagam terpilih!

September 30, 2023
Honkai: Star Rail Versi 1.4 & Versi PS5 akan keluar Oktober 2023! Info lengkap!
Berita

Honkai: Star Rail Versi 1.4 & Versi PS5 akan keluar Oktober 2023! Info lengkap!

September 29, 2023
Berjumpa Pasukan Di Sebalik Baldur’s Gate 3 bersama Larian Studios [Level Up KL 2023]
Industri

Berjumpa Pasukan Di Sebalik Baldur’s Gate 3 bersama Larian Studios [Level Up KL 2023]

September 29, 2023
Next Post
Super Mario Bros. Wonder Dedahkan Gameplay & Konsol Edisi Khas!

Super Mario Bros. Wonder Dedahkan Gameplay & Konsol Edisi Khas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In