Bagi mereka yang tidak tahu, acara Nintendo Direct baru telah diadakan awal pagi ini, dan merangkumi banyak pengumuman baru daripada Metroid hingga ke Mario Kart. Jika korang terlepas apa-apa pengumuman Nintendo Direct Februari 2022, berikut adalah senarai lengkap beserta trailer rasmi.
Jom kita lihat apa yang baru bagi Nintendo Direct Februari 2022!
Fire Emblem Warriors: Three Hopes
Bersiap sedia untuk kisah berbeza dalam alam semesta yang sama seperti Fire Emblem: Three Houses bersama Edelgard, Dimitri, dan Claude dalam Fire Emblem Warriors: Three Hopes, akan tiba di Nintendo Switch pada 24/6!
Advance Wars 1+2: Re-Boot Camp – Nintendo Switch
Info baru tiba untuk Advance Wars 1+2 Re-Boot Camp! Ketahui lebih lanjut tentang penambahan kepada dua kempen penuh termasuk para Commanding Officer yang sepenuhnya bersuara, mode tambahan & banyak lagi! Advance Wars 1+2: Re-Boot Camp tiba di Nintendo Switch 8 April!
Mario Strikers: Battle League
Game bola sepak Mario tanpa peraturan kecuali untuk mendominasikan padang! Bermain dengan sehingga 8 pemain secara local & dalam talian, malah cipta kelab sendiri apabila Mario Strikers: Battle League dilancarkan pada Nintendo Switch 10 Jun.
Splatoon 3 – Salmon Run Next Wave
Gelombang seterusnya untuk game co-op action Splatoon 3 dipamerkan! Tetapi musuh Salmonid baru ini mungkin memberi cabaran yang lebih sukar daripada apa yang kita bayangkan. Splatoon 3 akan dilancarkan pada musim panas ini, hanya di Nintendo Switch.
No Man’s Sky
Mulakan pelayaran epik merentasi galaksi sambil mencari sumber, mencipta barang dan berjuang untuk bertahan hidup dalam alam semesta apabila No Man’s Sky mendarat di Nintendo Switch pada musim panas ini!
FRONT MISSION 1st: Remake
Wanzer kembali ke medan perang sekali lagi! Bersedia untuk pertempuran apabila FRONT MISSION 1st: Remake dilancarkan pada Nintendo Switch pada musim panas ini! FRONT MISSION 2: Remake juga akan dilancarkan di Nintendo Switch pada masa hadapan.
Kirby and the Forgotten Land – Mouthful Mode
Kirby bersedia untuk menyelamatkan para Waddle Dee yang diculik dalam pengembaraan baharu! Dengan Mode Mouthful baharu, Kirby boleh menyedut objek dunia sebenar & menggunakan abiliti yang berbeza daripada kuasa menyalin. Singgah di Waddle Dee’s Weapons Shop, sebuah tempat di mana kuasa menyalin boleh dikuatkan! Kuasa menyalin yang semakin kuat akan memperluaskan jarak serangannya, mengubah penampilannya dan menjadikannya lebih hebat! Kirby and the Forgotten Land akan dilancarkan 25/3!
Chrono Cross: The Radical Dreamers Edition
Dua dunia bersilang dalam HD remaster untuk game RPG Chrono Cross yang terkenal dan cerita asalnya, Radical Dreamers! Chrono Cross: The Radical Dreamers Edition akan tiba di Nintendo Switch pada 7 April.
Siri KLONOA Phantasy Reverie
KLONOA: Door to Phantomile dan Klonoa 2: Lunatea’s Veil akan datang ke Nintendo Switch! Ikuti pengembaraan side-scrolling klasik ini apabila siri KLONOA Phantasy Reverie dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 8 Julai!
LIVE A LIVE
RPG unik LIVE A LIVE hadir buat kali pertama di Nintendo Switch! Mainkan tujuh cerita yang menampilkan pelbagai protagonis, tempoh masa yang berbeza dan gaya gameplay unik dalam apa-apa susunan yang anda pilih, kini dengan grafik HD-2D remastered. LIVE A LIVE tiba pada 22/7!
Nintendo Switch Sports
Memperkenalkan entri terbaharu dalam siri Wii Sports iaitu Nintendo Switch Sports! Main sukan seperti Boling, Tenis, & Chambara serta tiga sukan tambahan baharu termasuk Bola Sepak, Badminton dan Bola Tampar. Selain itu, nikmati gameplay dalam talian merentas semua sukan! Nintendo Switch Sports akan dilancarkan pada 29/4. Selain itu, kemas kini percuma kedua dirancang untuk Musim Luruh akan menambahkan Golf kepada sukan yang boleh dimainkan!
Triangle Strategy
Perintahkan sekumpulan pahlawan sebagai Serenoa dan tentukan nasib sekutu apabila game RPG taktikal, Triangle Strategy, dilancarkan tidak lama lagi! Demo baharu untuk bab 1-3 kini tersedia di Nintendo eShop! Muat turun hari ini & pindahkan save data apabila game ini dikeluarkan pada 3/4.
Portal: Companion Collection
Langgar undang-undang fizik spatial, menyelesaikan teka-teki yang melenturkan minda, dan berhadapan dengan A.I yang gila kuasa. apabila Portal dan Portal 2 dikeluarkan di Nintendo Switch pada 2022 melalui Portal: Companion Collection!
Mario Kart 8 Deluxe – Booster Course Pass DLC
Menampilkan 48 litar remastered dari seluruh siri Mario Kart yang bakal dikeluarkan dalam enam gelombang, berlumba dengan Mario Kart 8 Deluxe – Booster Course Pass DLC berbayar! Gelombang pertama akan tiba pada 18 Mac. Prapesan tersedia hari ini.
Xenoblade Chronicles 3
Dengan cerita serba baharu yang menyatukan masa depan dunia Xenoblade Chronicles dan Xenoblade Chronicles 2, Xenoblade Chronicles 3 akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada bulan September ini!
Metroid Dread – Free Update
Update percuma tiba di Metroid Dread! Dalam Dread Mode yang kejam, ia hanya perlukan satu pukulan untuk GAME OVER. Bagi pemain yang baru nak cuba, Rookie Mode menawarkan peningkatan pada pemulihan dan kekurangan damage daripada bos. Update percuma tersedia sekarang! Selain itu, nantikan update percuma kedua pada bulan April, yang akan menambah mode Boss Rush, di mana anda boleh menghadapi bos secara berterusan, satu demi satu sehingga dikalahkan!
Welcome to EarthBound
Temani Ness, Paula, Jeff dan Poo dalam usaha mereka untuk menghentikan Giygas yang jahat dalam game Super NES klasik ‘EarthBound’. Selain itu, kembali ke 198X di EarthBound Beginnings, versi local bagi game Famicom Mother asal. Kedua-dua EarthBound dan EarthBound Beginnings kini tersedia untuk ahli Nintendo Switch Online!
Disney Speedstorm
Bersedia untuk bermain game free-to-play lumba aksi tinggi bersama watak Disney dan Pixar apabila Disney Speedstorm tiba di Nintendo Switch pada musim panas ini dengan mode cross-play, split screen dan online multiplayer!
Taiko no Tatsujin: Rhythm Festival
Jadilah pakar genda Taiko dan uji diri sendiri dengan 76 lagu gempak, termasuk MEGALOVANIA, apabila Taiko no Tatsujin: Rhythm Festival hadir ke Nintendo Switch pada tahun 2022.
MLB The Show 22
MLB The Show 22 akan datang ke Nintendo Switch buat kali pertama pada 5 April dengan ciri cross-progression dan cross-platform!
Untuk segala liputan kami tentang Nintendo Switch, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post