Dengan bakal kehadiran konsol generasi akan datang yang bakal hadir tahun depan, dan permainan pertama iaitu GodFall telah diperkenalkan yang khas serta eksklusif untuk konsol PlayStation 5 tersebut juga Xbox Series X tidak ketinggalan , permainan untuk konsol sebelum ini masih belum berakhir, kerana pelbagai nama besar yang epik telah menyusun kehadiran masing-masing tahun 2020 ini!
Baru-baru ini kami turut mengongsikan beberapa anime yang diadaptasi dalam permainan video yang bakal hadir tahun hadapan. Jadi tanpa lengahkan masa, hari ini kami akan kongsikan permainan yang menjadi perhatian beberapa tahun ini dan membuat ramai tertunggu-tunggu kehadiranya tahun 2020 ini! Jom kita mulakan barisan mainan tahun 2020 yang boleh menarik perhatian anda!
Yakuza Like A dragon
Tarikh Keluaran: 16 Januari 2020 (Jepun) TBA (Seluruh kawasan lain) | Platform: PlayStation 4 | Genre: RPG
Buat kali pertama dalam siri Yakuza, tumpuan beralih dari Tokyo dan Kabukichō fiksyen rekreasi yang dipanggil Kamurocho. Sebaliknya, kebanyakan permainan berlaku di Yokohama daerah Isezaki Ijincho yang berdasarkan kepada kehidupan nyata kawasan tersebut. Kawasan Kamurocho dan daerah Osaka Sotenbori (kawasan lain dari permainan Yakuza sebelumnya, berdasarkan daerah Dotombori sebenar) juga akan dipaparkan dalam permainan. Yakuza: Like A Dragon juga merupakan permainan utama pertama yang pratagonis utamanya bukan Kazuma Kiryu dan memperkenalkan pratagonis baru iaitu Ichiban Kasuga.
DLC Kingdom Hearts 3 Re:Mind
Tarikh Keluaran: 23 Januari (PS4), 25 Februari 2020 (Xbox One)| Platform: PlayStation 4, Xbox One | Genre: RPG
Telah dikongsikan awal bulan Disember mengenai DLC Kingdom Hearts 3 Re:Mind akan datang tahun depan mengisahkan mereka menyambung pencarian Kairi, Sora mengembara ke Keyblade Graveyard untuk seketika sebelum pertarungan terakhir berlaku.
Marvel Iron Man VR
Tarikh Keluaran: 28 Februari 2020 (PSVR) | Platform: PlayStation 4 | Genre: Game Menembak VR
Berikutan kejayaan Spider-Man 2018, Sony dan Marvel sekali lagi bekerjasama untuk Iron Man VR. Dengan pengawal Playstation Move yang berfungsi sebagai gerakan tapak tangan Iron Man, Iron Man VR membawa anda ke langit untuk pertempuran udara sebagai superhero dan mengejar misi. Anda juga boleh lihat review gameplay Iron Man VR kami sebelum ini.
Final Fantasy VII Remake
Tarikh Keluaran: 3 Mac 2020 | Platform: PlayStation 4 | Genre: Aksi RPG
Selepas selama 5 tahun penantian kesemua peminat Final Fantasy untuk Remake ini, akhirnya ianya telah pasti dilancarkan tahun hadapan! Dan yang paling menarik, demonya terbocor akan hadir untuk pemain mencubanya dalam awal tahun hadapan juga!
Watch Dogs: Legion
Tarikh Keluaran: 3 Mac 2020 | Platform: PS 4, PS5, Xbox One, Xbox Series X, PC, Stadia | Genre: Aksi Adventure
merupakan sekuel dari yang pertama, dan lebih watak lagi untuk dimainkan. Penceritaan memberi fokus kepada sekumpulan hacker bernama DedSec yang menakhluk kota London di United Kingdom. Boleh dimainkan secara solo dan multiplayer. Dikatakan juga, Watch Dogs Legion dalam perancangan untuk mengeluarkan permainan ini untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X juga!
Nioh 2
Tarikh Keluaran: 13 Mac 2020 | Platform: PlayStation 4 | Genre: Aksi RPG
Berberapa tangkapan skrin permainan ini baru sahaja dikongsikan di Facebook PlayStation Asia beberapa jam lalu seperti yang ditonjolkan di galeri diatas, prekuel permainan pasukan Ninja yang hebat ini kembali lagi dan akan membenarkan pemain meneruskan menguna abiliti Yokai mereka untuk semua misi!
Doom Eternal
Tarikh Keluaran: 20 Mac 2020 | Platform: PlayStation 4, Xbox One, PC, Stadia | Genre: FPS
Sepatutnya hadir pada bulan November 2019, tetapi Doom Eternal telah ditangguhkan kepada Mac tahun hadapan dengan alasan pemaju untuk memberi lebih piawaian kelajuan dan permainan sempurna. Platform untuk Switch juga masih dalam pembentukan cuma masih belum ada tarikh tetap.
Bleeding Edge
Tarikh Keluaran: 24 Mac 2020 | Platform: Xbox One, PC | Genre: Aksi Strategi masa nyata
Bleeding Edge adalah permainan video pertempuran multiplayer yang dibangunkan oleh pemaju Ninja Theory dari British dan diterbitkan oleh Xbox Game Studios untuk Xbox One dan Windows 10, yang dijadual dilancarkan pada 24 Mac 2020. Beta tertutup juga dikatan akan dibuka pada pemain bermula 14 Februari 2020.
Half-Life: Alyx
Tarikh Keluaran: TBA Mac 2020 | Platform: PC (VR) | Genre: VR FPS
Setelah lebih 12 tahun menanti, siri Half-Life diteruskan tetapi dalam versi VR! Iya bukan seperti yang lalu, permainan ini kali ini hanya khas untuk PC dengan kegunaan Headset VR. Walaupun platform baru, formula permainan utama masih eksplorasi, teka-teki dan pertempuran.
Resident Evil 3 Remake
Tarikh Keluaran: 3 April 2020 | Platform: PlayStation 4, Xbox One, PC | Genre: survival horror game
Masih ingat dengan Remake Resident Evil 2 yang mendapat kejayaan dengan penjualanya yang hebat? Capcom sekali lagi ingin menggembirakan peminat dengan siri terkenal mereka ini dengan pembikinan semula Resident Evil 3 Remake! Lebih menarik, pembelian RE 3 Remake ini akan termasuk sekali mod Project Resistance yang merupakan permainan terbaru versi multiplayer dalam siri ini.
Cyberpunk 2077
Tarikh Keluaran: 16 April 2020 | Platform: PlayStation 4, Xbox One, PC, Stadia | Genre: RPG
Sepanjang treler dan pengenalanya menjadi gempak-gempak belaka! Permainan yang dinantikan ramai orang ini bakal menjadi sesuatu yang besar dan epik untuk tahun 2020 terutama dengan penampilan Keanu Reeves yang turut ada dalam permainan! Tetapi sehebat mana Cyberpunk 2077 ini? Adakah mungkin ia akan menjadi seperti Sekiro Shadow Die Twice dengan memenangi Best Game di The Game Awards 2019 atau hanya akan menjadi biasa-biasa sahaja?
Marvel Avengers
Tarikh Keluaran: 15 Mei 2020 | Platform: PlayStation 4, Xbox One, PC, Stadia | Genre: Action Adventure
Satu lagi blokbusters terbesar 2020, Marvel Avengers membawa pemain ke dalam dunia buku komik yang penuh peminat ini melalui enam wira yang boleh dimainkan: Hulk, Captain America, Iron Man, Black Widow, Thor dan Kamala Khan. Ia mempunyai ciri pemain tunggal, Hero Mission berasaskan cerita, serta misi Warzone co-op.
The Last of Us Part II
Tarikh Keluaran: 29 Mei 2020 | Platform: PS4, Xbox One, PC, Stadia | Genre: Action Adventure, Survival Horror
Sebuah permainan yang lama ditunggu-tunggu dan merupakan salah satu daripada permainan terbaik dari generasi PS3 dan Xbox 360, The Last of Us Part II terus mengambil kisah Ellie dan Joel dalam kesiambunganya tahun hadapan. Walau bagaimanapun, kali ini, anda akan bermain sebagai Ellie dan merentasi apa pelbagai rintangan perjalananya.
Disintegration
Tarikh Keluaran: Awal atau akhir Q1/Q2 2020 | Platform: PS4, Xbox One, PC | Genre: FPS
Release Date: Late Q1/Early Q2 2020 | Platform(s): PS4, Xbox One, PC
Disintegration adalah FPS sains fiz dari pencipta permainan Halo- Marcus Lehto. Penembak pemain orang pertama (FPS) dan mekanik RTS. Permainan ini juga menampilkan kedua-dua kempen pemain tunggal dan multiplayer PvP.
Dying Light 2
Tarikh Keluaran: Musim bunga 2020 | Platform: PS4, Xbox One, PC, Stadia | Genre: Action Adventure, Survival Horror
Mendapat ramai peminat ketika kehadiran pertamanya pada tahun 2015, Techland kembali sekali lagi dalam dunia Dying Light 2 yang dijadualkan akan hadir tahun depan. Sekuel memperkenalkan dua kali ganda aksi langkah parkour berbanding dengan asal dan peningkatan keputusan misi pemain.
Ghost of Tsushima
Tarikh Keluaran: Musim panas 2020 | Platform: PS4 | Genre: Action Adventure
Teruskan dengan tradisi samurai dan menjalin laluan baru, jalan kepada hantu, semasa anda memulakan pengembaraan dunia terbuka yang luas dan melancarkan perang tidak konvensional untuk kebebasan Tsushima. Permainan yang didedahkan treler sepenuhnya di The Game Awards dua minggu lalu ini, nyata memberi kejutan pada semua peminat terutama dari segi kualiti grafiknya.
Outriders
Tarikh Keluaran: Musim panas 2020 | Platform: PS4, Xbox one, PC | Genre: Penembak Co-op
Permainan seterusnya dari Bulletstorm yang dimajukan oleh People Can Fly, Outriders merupakan permainan menembak orang ketiga (Third person shooter) yang diset kan dalam alam yang kelam dam sci-fi. Permainan ini boleh dimainkan sehingga tiga orang dalam co-op multiplayer.
Halo Infinite
Tarikh Keluaran:Musim cuti 2020 | Platform: Xbox Series X, Xbox one, PC | Genre: FPS
Maskot yang paling ketara untuk jenama Xbox, Master Chief akan membantu Microsoft meneruskan permainan konsol generasi seterusnya di musim cuti 2020. Walaupun Halo Infinite akan menjadi tajuk pelancaran Projek Scarlett, versi Xbox One dan PC juga akan dikeluarkan. Bonnie Ross 343 berkata Infinite adalah “reboot rohani” untuk francais tercinta.
Godfall
Tarikh Keluaran: TBA 2020 | Platform: PlayStation 5, PC | Genre: RPG Aksi
Sangat mengejutkan apabila dedahanya di The Game Awards 2019 dan ia merupakan permainan pertama yang bakal hadir untuk konsol generasi terbaru iaitu PlayStation 5! Dinyatakan sebagai ‘Looter-Slasher’ dan dapat dimainkan secara solo atau 2 lagi rakan. Ia juga merupakan permainan eksklusif di Epic Game Store di PC.
Predator: Hunting Grounds
Tarikh Keluaran: TBA 2020 | Platform: PlayStation 4 | Genre: RPG Aksi
Predator: Hunting Grounds adalah permainan multiplayer asimetri di mana satu pemain mengawal Predator titular dan empat orang lain mengawal tentera manusia. Ia dibangunkan oleh Illfonic, studio di sebalik satu lagi permainan asimetris Friday the-13.
Fast & Furious Crossroads
Tarikh Keluaran: TBA 2020 | Platform: PlayStation 4, Xbox One, PC | Genre: Game Aksi & Perlumbaan
Memaparkan jalan cerita yang sahih dan penuh dengan wira asal cerita, alat, kereta dan tindakan sinematik tanpa henti, Fast & Furious Crossroads akan menyampaikan permainan berdebar dalam mod cerita pemain tunggal dan mod berbilang pemain yang akan didedahkan tidak lama lagi.
Spellbreak
Tarikh Keluaran: Musim bunga 2020 | Platform: PlayStation 4, PC | Genre: Battle Royale
Sebuah permainan Battle Royale yang lain daripada yang lain! Kini telah bukak untuk ujian beta tertutup kepada pemain yang mendaftar, dan masih lagi belum menentukan tarik keluaran yang rasmi tetapi apa yang pasti adalah tahun 2020. Permainan battle royale ini bukan serupa seperti yang lain yang sering menggunakan senjata api, tetapi dalam Spellbreak, anda akan menggunakan kuasa magik untuk menentang musuh!
Dan selebihnya…
Jadi ini adalah dari senarai kami untuk anda, banyak lagi sebenarnya permainan yang akan hadir tahun 2020! Kesemuanya menarik dan boleh buat kita terkedu! Mungkin lain hari kami akan kongsikan lagi. Jadi siap sedia dengan tahun baru, dan jom kongsikan bersama kami permainan yang mana menjadi suatu penantian yang membuat anda bersungguh-sungguh untuk memilikinya!
@gamersantaimy
Discussion about this post