Selepas 24 tahun menyepi, SEGA kembali dengan game Samba de Amigo yang serba baharu! Samba de Amigo: Party Central merupakan sekuel baharu di mana anda bersama Amigo akan menggoncangkan marakas dengan barisan lagu-lagu popular di dunia. Kami berpeluang untuk bermainnya lebih awal dan tidak sabar untuk menceritakan pengalaman kami semasa bermainnya. Jadi tanpa membuang masa, teruskan baca review kami untuk Samba de Amigo: Party Central!
Gameplay
Samba de Amigo: Party Central merupakan game rhythm di mana anda perlu seiring dengan rentak/beat yang ditayangkan pada skrin. Terdapat enam arah note dan ia diletakkan membentuk heksagon. Note akan keluar dengan beberapa cara dalam game iaitu note solo, stream, slider, pose dan “Happening”, sesuatu yang diperkenalkan dalam Samba de Amigo: Party Central.
Terdapat dua cara yang anda boleh mainkan: Button dan Shake. Dengan mode button, anda gunakan butang pada joycon atau joystick untuk padan dengan beat. Cara ini sangat sesuai untuk mereka yang ini mendapatkan note yang sempurna dan mendapatkan skor tertinggi kerana input-nya lebih tepat. Mode shake pula lebih unik kerana anda mainkannya dengan menggerakkan badan! Joycon akan berfungsi seperti marakas dan anda akan gerakkan joycon mengikut beat pada skrin, hampir sama seperti Beat Saber.
Sejujurnya, kami rasa lebih seronok kalau anda mainkan game ini dengan mode shake. Game ini juga terasa seperti game parti berbanding game rhythm biasa, jadi kalau anda main game dengan mode button, anda mungkin ketinggalan.
Terdapat keadaan tertentu semasa bermain map, game ini akan meminta anda meniru pose pada skrin, seperti perlu mengayunkan tangan anda ke kiri dan kanan dan sebagainya. Game ini terasa lebih menarik di mana anda perlu bergerak secara fizikal untuk mencuba dan meniru gambar. Jadi kalau anda ingin menggerakkan badan serta mengeluarkan peluh, ada mode Crazy yang anda boleh mainkan kerana ia mempunyai lebih banyak pose yang menarik.
Seperti yang dinyatakan terdapat “Happening” dalam game ini. Mekanik ini diaktifkan apabila ada note “?” yang muncul. Apabila anda hit note tersebut, ia akan keluarkan roda roulette di mana satu daripada 15 game mini yang akan dipilih. Game ini akan meminta anda membuat sesuatu yang menarik seperti hayunkan kayu besbol, lakukan senaman ataupun buat gesture tangan. Ditambah pula dengan benda rawak lain setiap kali anda main, sudah tentu ia akan mewujudkan suasana yang seronok semasa bermain dengan rakan dan keluarga. Tetapi kalau anda jenis yang suka dapatkan skor yang tinggi dan tidak suka dengan benda rawak ini, boleh sahaja anda matikan mekanik ini sebelum mula bermain.
Samba de Amigo akan dilancarkan dengan lebih 40 lagu yang akan tersedia daripada pelbagai genre seperti lagu “Sucker” Jonas Brothers, “Moves Like Jagger (feat. Christina Aguilera)” Maroon 5, lagu original SEGA seperti “Escape From The City” daripada Sonic Adventure 2 dan “Fist Bump” daripada Sonic Forces. Beatmap itu sendiri okay sahaja tetapi ada beatmap yang mempunyai kesukaran yang tinggi, rentaknya tidak sama dengan muzik. Jadi agak kekok kalau main dengan mode button. Kalau anda seseorang yang biasa bermain game rhythm, mungkin susah untuk anda dapatkan ketepatan yang tinggi.
Mode Game yang pelbagai
Terdapat beberapa mode yang anda boleh mainkan dalam Samba de Amigo: Party Central. Antaranya mode Rhythm Game, iaitu secara solo play, mode World Party di mana anda berlawan dengan 7 pemain lain. Terdapat juga StreamiGo!, sebuah platform streaming di mana anda mendapat follower dan menjadi duta platform tersebut. Banyak misi dan cabaran yang perlu dilakukan pemain untuk mendapatkan follower. Antara cabaran yang ada termasuklah menyelesaikan lagu dengan Rank A ke atas atau kekalkan Fever pada level 5 untuk 10 saat dan banyak lagi.
Memandangkan game ini lebih fokus sebagai game party, memang anda boleh mainkannya bersama kawan dan keluarga. Di sinilah mode “Party For Two” tiba, untuk anda mainkannya secara co-op lokal. Terdapat juga mode base Rhythm game untuk anda mainkan bersama kawan. Tidak dilupakan juga mode Love Checker di mana anda meramalkan keserasian anda dengan pemain lain. Anda dan pemain lain mendapat “heart” apabila pergerakan anda sepadan.
Satu lagi mode yang dipanggil Showdown untuk anda berlawan dengan kawan anda untuk memuaskan penonton dalam game dengan bermain lagu. Mode terakhir pula mode Mini Rhythm Game, di mana anda bermain lagu sambil hanya melakukan mini-game daripada prompt “Happening”.
Persembahan dan Customisation
Secara visual, game ini kelihatan meriah dan berwarna-warni, yang sememangnya padan dengan estetika game ini. Latar belakang untuk map juga vibrant termasuklah reka bentuk watak yang menawan.
Amigo (watak yang dimainkan) juga boleh diubah rupanya mengikut cita rasa pemain. Terdapat banyak kostum aneh untuk dipakaikan Amigo anda, iaitu sut Banana, aksesori Hats and Head, warna Amigo anda, maracas anda, efek bunyi beat dan gambar profil. Bahagian yang terbaik ialah anda boleh membuka kunci kesemuanya melalui coin dalam game yang anda perolehi dengan hanya bermain game. Anda boleh pakai Amigo anda dengan pelbagai kombinasi pakaian berwarna-warni.
Kesimpulan
Samba de Amigo: Party Central semuanya merupakan game rhythm yang sangat menyeronokkan dengan mekanik yang menyeronokkan dan unik yang pasti akan membuatkan anda menggerakkan badan anda, jika bermain dengan mode Shake. Mode yang sememangnya kami syorkan untuk anda main. Barisan lagu yang tersedia juga memang pelbagai dan akan ada sesuatu untuk anda mainkan bersama kawan dan keluarga semasa parti.
Walaupun begitu, kalau anda seorang pemain rhythm hardcore yang ingin mainkan game rhythm yang mempunyai mekanikal yang tinggi, mungkin ini bukan game untuk anda. Tetapi kalau anda hanya ingin menggerakkan badan, ini sememangnya game yang anda perlu cuba.
Untuk membaca review lain kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
Samba de Amigo: Party Central
PROS
- Mekanik "Happening" yang unik
- Sangat seronok dimainkan semasa parti bersama kawan
- Mode Shake memberikan pengalaman yang menyeronokkan
CONS
- Beatmap yang tidak sepadan dengan muzik
Discussion about this post