Overwatch Retribution dilancarkan sekarang!!!! Terima kasih lagi sekali kepada Blizzard atas jemputan. Di sebabkan itu, kami sempat untuk mencuba bermain Overwatch Archives event, Retribution, bertempat di Blizzard HQ, California. Seperti yang aku sebut pada entri lepas, Overwatch Retribution merupakan satu event yang sama seperti event Uprising tahun lepas. Kita ada kedua Story Mode dan juga All Heroes Mode, dimana akan dibuka lepas korang selesaikan kesusahan di tahap Legendary pada Story Mode.
Dengan empat Hero yang terpilih dari Blackwatch – Moira, Reyes ( Reaper ), McCree dan juga Genji, misi kita adalah untuk berlawan dan menempuh Talon dan lari keluar dari Rialto, Venice. Berdasar komposisi Hero, kita tahu yang ianya susah ( melainkan kalau korang pro lah kan ). Tapi, yang pro pon masih lagi mengalami kesukaran untuk lepasi cabaran ini.
Dengan ada satu je support yang boleh heal, iaitu Moira, korang sebagai pemain kene bergerak dan mengatur langkah dengan penuh strategi. tetapi, kalau ada kasualti, korang boleh revive teammates korang dan terus kepada objektif. Ianya sangat penting bagi korang untuk Heal terus menerus teammate korang lagi-lagi hero seperti Genji dan juga McCree sebab mereka tidak ada kebolehan untuk Life-Steal, tidak seperti Moira dan juga Reaper. Tapi, tak bermaksud, korang boleh Rambo macam tu je kalau pakai Moira atau Reaper.
Semasa menjalankan misi, pemain akan berjumpa dengan Special Forces kepunyaan Talon yang terdiri daripada Heavy Assault, Sniper dan juga Assassin. Heavy Assault merupakan unit yang mempunyai nyawa yang tinggi, dilengkapi dengan mini-gun, dan juga mempunyai kebolehan untuk Charge pergi kepada pemain seperti Reinhardt. Unit Sniper pula, sebijik macam Widowmaker, dimana ada kebolehan Grapple untuk pergi ke tempat yang lebih tinggi. Akhir sekali, Assassin yang boleh bergerak secara pantas, melompat dan juga menerkam pemain yang akan membuatkan korang terkaku sambil mencakar pemain, sampai mati ( Sebijik macam Hunter dalam Left4Dead ).
Di pengakhiran misi, bila tiba masa untuk di ekstrak dari misi korang, akan ada ramai lagi Talon unit dan juga Special Forces yang muncul dari setiap bucu semata-mata nak tahan korang supaya jangan lari ! Ini antara part yang paling penting, sebabnya, ia memerlukan lebih dari 100 % komunikasi dan juga kerjasama korang untuk mencapai objektif korang. Memandangkan objektif korang dikira selesai jika ke empat-empat hero tersebut hidup, jadi, korang tak boleh tinggalkan kawan korang di belakang.
Sekarang, memandangkan yang event ni sudah pon dilancarkan dan sedang berjalan, ianya akan menjadi satu event yang sangat mengujakan bagi pemain veteran dan juga pemain baru yang ingin mencuba dan mengalami sesuatu pengalaman yang baru. Dalam event kali ini, akan ada cabaran baru, animation baru yang pemain sebelum ini belum pernah alami dalam Overwatch, dan sedikit penceritaan yang korang semua, pencinta Overwatch yang sangat mengujakan. Jadi, tunggu dan jumpa korang di Rialto, Venice gais!
Ini gameplay aku main Overwatch Retribution – Story Mode :
Dan ini, gameplay aku main Overwatch Retribution – All-Heroes Mode :
@gamersantaimy
Discussion about this post