Supercell kini sedang melancarkan ujian untuk keluarannya yang terbaru, Rush Wars. Pertarungan strategi ini telah soft-launch di Kanada, Australia, dan New Zealand, dan akan diperkenalkan di seluruh dunia dalam masa terdekat.
Rush Wars menugaskan pemain untuk membina pertahanan dan kemudian membina pasukan untuk menyerang pemain lain. Gameplay ofensif/defensif ini serupa dengan permainan Clash of Clans dan Boom Beach oleh Supercell. Idea adalah untuk unlock setiap unit dari masa ke masa untuk meningkatkan kedua-dua serangan dan pertahanan pemain.
Untuk pertahanan, pemain pada asasnya membina pertahanan di peta mereka sendiri. Pemain menubuhkan raksasa, menara, dan banyak lagi, dan kemudian pemain boleh cuba mendapatkan 1 hingga 3 bintang bergantung pada betapa dalam musuh menyerang pangkalan pemain. Kerana pemain tidak mengawal bahagian pertahanan permainan, musuh boleh cuba memusnahkan lombong emas pemain walaupun pemain tidak main.
Ofensif adalah di mana pemain akan kawal. Pemain membina skuad berdasarkan kepada pangkalan khusus pihak lawan dan kemudian pemain meletakkan unit-unit yang terhad di medan permainan. Mereka akan bergegas ke pertempuran. Pemain kemudian boleh menggunakan sihir atau aksi lain yang tertentu.
@gamersantaimy
Discussion about this post